Sabda Rasulullah s.a.w yang
maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh
mengeratkan persahabatan
dengan
saudaramu iaitu
memberi salam apabila
bertemu dengannya dan menyediakan
tempat
duduknya dalam sesuatu majlis
serta panggilah ia dengan nama
yang paling
disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Huraian:
·
Kita hendaklah sentiasa
mempamerkan
keperibadian seorang muslim dalam setiap
pergaulan kerana ia merupakan
aset penting
bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
·
Tutur kata yang baik,
beradab dan dipenuhi unsur-unsur
keikhlasan akan memberikan motivasi
yang
paling berkesan kepada setiap
individu dalam masyarakat sekeliling
sehingga
membentuk kualiti ummah
yang terbaik dan menjadi contoh
kepada yang lain.
·
Jika kita mahu
dihormati
maka kita hendaklah terlebih dahulu
menghormati orang lain sama ada
dengan mengucapkan salam, bersikap peramah
dan mengutamakan keperluannya.
Ini
dengan sendirinya akan menerbitkan
perasaan hormat orang itu
terhadap kita dan
seterusnya
menimbulkan rasa kasih dan
sayang antara satu sama lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.