Jumaat, 24 Mei 2013

Kalau kita lihat SIAPA yang memberi..:)





Tips agar senantiasa bersyukur:


1. Mengingat semua perkara yang baik 
dan mencatatnya dalam jurnal harian.   
Mulakan hari  dengan mengucapkan bismillah.....alhamdulillah…


2. Ketika merasa resah dan 
ketenangan tercabar, 
bacalah kembali perkara kebaikan
 dalam jurnal harian.


3.  Jika berada dalam keadaan
 kekurangan, lihatlah keadaan
 di sekitar kita, 
cari, temui dan amatilah 
dengan mata hati.  
Masih ramai lagi diantara kita yang 
keadaannya tidak sebaik kita atau 
lebih buruk dari kita.


4. Berbagi rasa syukur 
terhadap orang lain dengan cara, 
menjawab dengan penuh semangat dan 
bahagia semua pertanyaan mengenai 
khabar, keadaan kehidupan, ekonomi dan 
seumpamanya. 
 

5. Melahirkan rasa bersyukur
dengan apa cara sekalipun sama ada
membuat majlis kesyukuran, 
perbanyakkan sedekah dan seumpamanya.   
Yang penting nawaitu kita 
mestilah kerana ALLAH SWT :)


والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha  Mengetahui

 apa yang benar)


 http://d.gr-assets.com/books/1338455696l/14742376.jpg

 p/s  :

... kita selalu bersyukur apabila dikurniakan pangkat ... kuasa ... 
harta ... kecantikan ... kemasyhuran ... tanpa kita sedari
 itu ujian buat kita sebenarnya ... 
ke mana arah pangkat dan kuasa itu dapat dimanfaatkan 
dalam memberi impak  kepada organisasi ... harta melimpah ruah 
tapi cuba kita ingat-ingat semula 
pernah atau tidak kita bersyukur saat diterjah musibah ...
 ketika badai melanda emosi ...
 bila mana pangkat, kuasa , harta , kecantikan hatta kemasyhuran 
hilang telan masa .......

PERCAYALAH BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN
 MEMBERI KITA SESUATU UJIAN YANG TIDAK MAMPU 
KITA MENANGGUNGNYA.  KITA PERLU INGAT
 "DISEBALIK KESUSAHAN ADA KEMUDAHAN " :).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.