GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
"GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA"
"GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA"
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua
Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem
pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah
menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang
mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta
beridentiti nasional.
1
ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu
ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan,
kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid,
memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan
tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua
Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan
PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion
keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan
murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.HURAIAN 1AGENDA:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.