Berakhlak Mulia
Nabi SAW bersabda
yang bermaksud:
“Kebanyakan perkara
yang memasukkan
manusia
ke dalam syurga
ialah
ketakwaan kepada
Allah
dan mempunyai akhlak yang baik.”
(Riwayat at-Tirmidzi)
Sayidina Usamah bin
Zaid mengatakan:
“Katakanlah kepada kami
wahai Rasulullah,
apakah pemberian paling baik
yang diberikan Allah kepada manusia?
Lalu Baginda SAW bersabda:
“Akhlak yang baik.”
(Riwayat Ibn Majah)
Baginda SAW bersabda lagi:
“Sesungguhnya aku
diutuskan untuk
menyempurnakan
akhlak
yang mulia.”
(Riwayat
al-Bukhari)
Di dalam hadis yang
lain
Baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Sesuatu yang
paling berat
ditimbang oleh
Allah ialah
akhlak yang baik.”
(Riwayat at-Tirmidzi)
Dalam hadis yang
lain,
Baginda SAW juga berdoa:
“Ya Allah,
jauhkanlah dariku
akhlak yang keji.”
(Riwayat at-Tirmidzi,
Ibn Hibban)
Sa’id bin Hisyam RA
menyatakan:
“Saya telah masuk
menghadap Sayidatina Aisyah
dan bertanyakannya
tentang
akhlak Rasulullah
SAW.
Lalu beliau mengatakan:
Adakah kamu membaca
al-Quran?
Saya menjawab:
Sudah tentu.
Lalu beliau
menyambung lagi:
Akhlak Rasulullah SAW
adalah seperti
al-Quran.”
(Hadis sahih)
Sabda Nabi SAW
kepada
isterinya Syaidatina Aisyah:
“Hendaklah kamu
bersikap lemah lembut dan
jangan sesekali bersikap kasar
dan mengucapkan
perkataan yang keji.”
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang
lain
Baginda SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah SAW
tidak menyukai
perkataan
yang buruk dan orang yang
bodoh sombong serta orang yang
melaungkan perkataan
yang keras di pasar-pasar.
Mereka itu alim
dalam urusan dunia tetapi
jahil dalam urusan akhirat.”
(Riwayat
al-Baihaqi, Ibn Hibban)
Sayidina Anas bin Malik RA mengatakan:
“Rasulullah SAW
tidak pernah
mencela dan tidak
pernah
melafazkan kata-kata yang buruk.”
(Riwayat
al-Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.