Sabtu, 20 April 2013

Rawatlah Hati

http://www.alaf21.com.my/sinopsis/images/buku/rawatlah-hati.gif

Sinopsis

LIKU-LIKU hidup ini tidak cukup indah tanpa 
melalui sedikit pengalaman getir kerana ia adalah 
guru terbaik yang mengajar kita nikmat kehidupan. 
Elakkan luka semalam kekal memenjara hati kerana ini 
bermakna kita menjadikan ia pemusnah kebahagiaan sedangkan 
ALLAH itu amat luas rahmat-NYA.

 


Hati itu adalah raja kepada anggota tubuh. 
Jagalah, usah dikotori kerana jika daging 
yang satu itu rosak, maka rosaklah seluruh amalannya.
 Bersihkan hati dengan me­yakini bahawa ALLAH adalah 
pembekal kasih sayang, bantuan, kebaikan dan kebahagia­an, 
Yakinlah bahawa setiap sakit ada ubat­nya, carilah... 
agar kehidupan menjadi lebih bermakna.


Moga setiap luka ditemui penawarnya di baris-baris yang 
khusus ditulis untuk anda. Mudah-mudahan RAWATLAH HATI
 mampu dijadikan ambulans kecemasan sementara me­nanti 
bantuan yang lebih besar daripada-NYA, 
yang Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.


Rawatlah Hati mengadun variasi rasa pedas,
 manis, masam, masin dan pahit:

  • Meraih cinta anak pada orang tua
  • Membina semula cinta yang pudar
  • Memupuk keintiman dengan ILAHI
  • Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
  • Memerdekakan belenggu di dalam diri
  • Menangani emosi dan tekanan perasaan
  • Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
  • Membuang rasa ego, takbur dan penyakit hati 
  •  Memaafkan dan mengusir dendam kesumat 
  • Menjadi insan sukses; bebas luka, bebas derita.
 Harga: RM 19.90

Halaman: ~480


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.