Ahad, 7 April 2013

Mutiara Hadis




Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tiada seorang pun daripada kamu
 melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin
 daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: 
“Engkau juga ya Rasulullah?” 
Sabdanya: 
“Ya aku juga ada, tetapi Allah telah 
membantu aku sehingga Qarin itu
 dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku
 dalam hal kebajikan sahaja.” 

(Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa
 pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar 
dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata:
"Aku merasa cemburu."
 Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya:
 "Wahai Aisyah apa sudah jadi, 
apakah engkau cemburu?" 
Aku berkata: 
"Bagaimana aku tidak cemburu
 orang yang seumpama engkau ya Rasulullah."
 Sabda Baginda: 
"Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?"
 Aku bertanya:
 "Apakah aku ada syaitan?"
 Sabda Baginda: 
"Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." 
Aku bertanya lagi:
 "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?"
 Jawab Baginda: 
"Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku
 telah masuk Islam." 

(Riwayat Muslim)



Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a.,
 Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 


"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s.
 dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku
 kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. 
Kedua, para isteriku membantu akan daku
 tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan
 isterinya membantu ia membuat kesalahan." 

(Riwayat Baihaqi)




Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: 


Suatu ketika syaitan yang mendampingi
 orang beriman, bertemankan syaitan yang
 mendampingi orang kafir. 
Syaitan yang mengikuti
 orang beriman itu kurus, sedangkan 
yang megikuti orang kafir itu gemuk.
 Maka ditanya mengapa engkau kurus,
 "Bagaimana aku tidak kurus,
 apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir,
 makan dia ingat Allah,
 apabila minum pun begitu."
 Sebaliknya syaitan yang mengikuti 
orang kafir itu pula berkata: 
"Aku sentiasa makan bersama dengannya
 dan begitu juga minum."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.