Selasa, 19 Mac 2013

Nur Zikir


ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH



Zikir utama adalah yang diucap 
dengan hati dan lisan secara serentak. 
Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati 
adalah lebih utama daripada berzikir 
dengan lisan semata-mata.



Imam al-Ghazali berkata 
 zikir itu terbahagi kepada empat kategori.



Pertama – Zikir dengan lisan saja.


Kedua – Zikir dengan hati serta lisan 
secara paksa.


Ketiga – Zikir dengan hati yang 
dibantu dengan lisan tanpa paksaan.



Menguasai zikir dalam hati dan
 menumpukannya. Seterusnya
 Imam al-Ghazali memberikan pandangannya 
dengan berkata :


" Yang sedikit faedahnya dan
 lemah kesannya iaitu apabila
 lisan berzikir sedangkan hati di 
dalam keadaan lalai. "



Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab,
 ayat 35 yang bermaksud :



“Dan orang lelaki 
yang banyak menyebut (mengingati) 
Allah dan orang perempuan yang banyak
 menyebut Allah, maka Allah telah 
menyediakan untuk mereka keampunan
 dan ganjaran pahala yang besar”.




Rasulullah S.A.W  bersabda maksudnya :


 “Sesiapa yang mengucapkan 
‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’
 maka akan ditanamkan untuknya 
 sepohon pokok tamar dalam Syurga” 

( Hadis riwayat Muslim )



Hikmat lain adalah
 berturutan seperti :-



Pertama – Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.


Kedua – Menimbulkan kejernihan.


Ketiga – kemanisan pada hati dan wajah.


Keempat – Mendapat kasih sayang,
 kecintaan serta keampunan dari Allah 
serta dimurahkan rezekinya.


Kelima – Dapat merasakan betapa besar,
 agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
 Segera mendapat pembelaan daripada Allah
 apabila seseorang itu berada dalam kesusahan
 dan kedukaan.






Ini terbukti dalam menjana 

kehidupan seharian sepanjang hayat
 yang kita lalui sama ada
 kita sedar atau sebaliknya.



Keenam – Mendapat penghormatan dan
 doa daripada sekalian Malaikat. 
Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak,
 semakin banyak berzikir maka semakin
 banyak pohon tamar itu untuknya.




Ketujuh – Mendapat nur (cahaya) 
daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini,
 di alam barzakh(kubur) dan juga 
pada titian sirat nanti.




Kelapan – Dapat membina rumah dan
 juga istana dalam Syurga. Apabila kita 
berhenti berzikir maka berhentilah
 pembinaannya di Syurga.




Kesembilan – Dapat menjadi pendinding 
dan juga perisai daripada Neraka jahanam.
 Dapat mendekatkan diri kepada Allah
 untuk membuka pintu masuk
 segala kebaikan.



Kesepuluh – Dapat menghalau dan 
mematahkan gangguan Syaitan
 terhadap dirinya. Dapat menghilangkan
 perasaan runsing yang bersarang 
dalam hatinya.





Kesebelas – Dapat membersihkan hatinya
 daripada segala jenis kotoran dan 
juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya
 daripada segala jenis ketakutan dan
 kebimbangan.




Kedua belas – Dapat menghapuskan dosa kecil 
serta maksiat kecil . Dapat melepaskan
 seseorang yang berzikir itu
 daripada sifat munafik.





Ketiga belas – Apabila seseorang itu
 menyertai majlis bacaan yassin, tahlil,
 zikir dan selawat , dia sebenarnya
 menyertai majlis yang dihadiri 
oleh Malaikat.




Dengan berzikir juga 
seseorang itu akan sentiasa
 diingati oleh Allah sepertimana
 dalam firmanNya bermaksud :



"  Ingatlah kamu kepadaKu 
ketika kamu senang dan susah ,
 maka Aku akan mengingatimu."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.