Ambil iktibar musibah elak berulang
Daripada Atha’ bin Abu Rabah katanya,
dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah SAW bercerita:
“Apabila angin bertiup kencang dan langit
mendung berawan banyak, tampak kegelisahan
di wajah Rasulullah SAW sehingga Baginda
maju mundur (berjalan mundar-mandir).
Apabila hujan telah turun wajah Baginda berubah
menjadi gembira dan hilang kegelisahannya.
Berkata Aisyah:
“Aku bertanya kepada Baginda,
apa yang menyebabkan Baginda gelisah
sebegitu rupa. Jawab Baginda:
Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu
menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku.
Tetapi apabila hujan telah turun maka hal itu
adalah rahmat.”
(Riwayat Muslim)
Tinggalkan larangan Allah
Allah SWT menyuruh kita hamba-Nya sentiasa melakukan apa yang
disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Maka selaku manusia yang
ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib kita menjalankan perintah Allah itu
tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan menderhaka
Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini.
Allah SWT menyuruh kita hamba-Nya sentiasa melakukan apa yang
disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Maka selaku manusia yang
ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib kita menjalankan perintah Allah itu
tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan menderhaka
Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini.
Sesungguhnya apabila kemurkaan Allah menjelma akibatnya amat dahsyat sekali seperti yang berlaku pada kaum ‘Add yang hanyut dengan seribu satu kemaksiatan hingga pada suatu ketika telah datang kepada mereka awan mendung dan mereka berkata: “Inilah awan-awan yang akan menurunkan hujan bagi kita.”
Namun ternyata bahawa hal yang sebaliknya berlaku di mana kebaikan yang mereka sangkakan akan mendatangi mereka sebenarnya adalah satu bala (malapetaka) yang diturunkan Allah akibat kejahatan yang mereka lakukan.
Mengingatkan hal inilah, Rasulullah SAW akan merasa resah gelisah setiap kali awan mendung berarak, memikirkan sama ada ia satu rahmat atau laknat daripada Allah SWT. Oleh itu umat Islam hendaklah sentiasa beringat dan menjauhi perkara mengundang kemurkaan Allah SWT.
Pengajaran daripada malapetaka
Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, pelbagai malapetaka alam yang terjadi seperti gempa bumi, taufan, letupan gunung berapi, banjir besar, ombak besar dan sebagainya berlaku dan sesungguhnya segala peristiwa itu sebenarnya mempunyai pengajaran (mesej) yang tersendiri.
Ini untuk umat manusia seluruhnya di mana hanya manusia yang benar-benar beriman, beramal soleh serta yang diberi taufik serta hidayah saja yang akan sedar dan mengambil iktibar daripadanya.
Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ambiliktibarmusibahelakberulang/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.