Rabu, 13 Februari 2013

Surah At-Talaq - ‘Ayat 1000 Dinar’





Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih 
lagi Maha Penyayang.


 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya
 kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki 
yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), 
sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat)
 kepada Allah, maka dicukupkan baginya 
(keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
 yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun 
menentukan kadar dan masa bagi
 berlakunya tiap-tiap sesuatu. 



- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)-







Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih
 dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ 
merupakan
 amalan yang masyhur dalam 
hal berkaitan rezeki 
 dan perlindungan diri. 
Ramai yang mengamalkan 
ayat ini untuk tujuan meminta agar 
 Allah SWT 
mengurniakan kemurahan rezeki, 
kemudahan dan
 penyelasaian masalah. Tetapi haruslah 
mengamalkannya
 secara beristiqamah.








‘Yang sakit akan sembuh,

 yang hitam akan putih, 

yang keruh akan jernih’.

 

 

1.  Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.


2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.



3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.



4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.



5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT. 


1.  Baca ayat ini sesudah solat lima waktu.

2. Baca ketika hendak tidur tiga kali.

3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.