Dari Abu Hurairah RA,
Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa
yang mengajak
ke jalan mengerjakan
sesuatu amal
yang baik, adalah baginya
pahala sebanyak pahala
orang-orang yang
menurutnya, dengan tidak
mengurangi sedikit
pun
pahala itu dari pahala-pahala
mereka, dan (sebaliknya) sesiapa
yang mengajak ke jalan
mengerjakan sesuatu amal
yang menyesatkan, adalah ia
menanggung dosa sebanyak dosa
orang-orang yang menurutnya,
dengan tidak
mengurangi
sedikit pun dosa itu
dan dosa-dosa mereka."
Dakwah di facebook pikat remaja
Komuniti
Young Daie dekati generasi Y
Kemunculan ramai pendakwah muda di pentas ceramah dan forum telah menyemarakkan lagi penyuburan risalah Islam di negara ini. Pendakwah muda seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur antara yang menjadi perhatian masyarakat serta mempunyai pengikut tersendiri.
Kemunculan ramai pendakwah muda di pentas ceramah dan forum telah menyemarakkan lagi penyuburan risalah Islam di negara ini. Pendakwah muda seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur antara yang menjadi perhatian masyarakat serta mempunyai pengikut tersendiri.
Hasrat
untuk melahirkan lebih ramai pendakwah muda sebagai pelapis menjadi titik tolak
kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menganjurkan Konvensyen
Pendakwah Muda ASEAN 2013.
Sama
ada dengan komputer peribadi, laptop atau telefon pintar dan pemacu mainan
seperti iPod dan iPhone, segala maklumat mudah diperoleh termasuk berkaitan
Islam," Ali Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM
1,000 mahasiswa sertai konvensyen
Seramai 1,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara menyertai konvensyen dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yayasan Taqwa, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia, Karangkraf dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sebanyak 30 IPT menghantar wakil antaranya Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Teknologi Petronas dan Institut Pendidikan Guru. Universiti Negara ASEAN ialah tiga dari Brunei iaitu Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; dua dari Indonesia Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah dan Universitas Islam Bandung sementara dari Singapura, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.
Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Ali Mohammed, berkata fenomena ini adalah perkembangan positif bagi mendekati generasi Y melalui kaedah santai dan ringan untuk mengikuti kuliah agama termasuk melalui media sosial serta YouTube.
“Kini maklumat hanya di hujung jari menjadi gaya hidup masyarakat dan menjadi kegemarananak muda. Pendakwah juga tidak terkecuali menjadi ikutan di ruang media sosial dan mempunyai berpuluh-puluh ribu pengikut.
“Muka surat peminat (fanpage) Imam Muda Asyraf diikuti lebih 400,000 pengikut, Ustaz Don Daniyal pula diikuti hampir 300,000 sementara Dr Zaharuddin Abd Rahman diikuti 30,000 pengikut. Oleh itu, kita memerlukan lebih ramai pendakwah yang aktif menggunakan facebook dan teknologi sebagai medium baru dakwah,” katanya.
Antara tokoh akademik yang berkongsi pemikiran, pandangan serta aspirasi bersama pendakwah muda ialah Prof Datuk Dr Sidek Baba dari UIAM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaysia Kelantan), Mohd Zaidi Ramly (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), Adnan Abd Hamid (Majlis Ugama Islam Singapura) dan Akmal Salim Ruhana (Penyelidik Kementerian Agama Republik Indonesia).
Bertemakan ‘Belia Islam Pemangkin Transformasi Ummah’ program itu turut mendapat sokongan remaja dan artis terkenal tanah air seperti Ana Rafali, Sham Kamikaze, Imam Muda Hafiz dan Imam Muda Hizbur.
Konvensyen ini memberi penjelasan berkaitan isu Islam di Malaysia dan Nusantara di samping membina kemahiran menjadi pendakwah muda profesional.
Persetujuan dicapai daripada konvensyen ialah membuka rangkaian komuniti Young Daie di facebook bagi mengumpulkan pendakwah muda selain menjadi wadah berdakwah di media sosial.
Wadah baru
Dr Abu Hassan Hasbullah, ketika membentangkan kertas kerja menyarankan mahasiswa menjadikan laman sosial medan dakwah baru.
Pada konvensyen itu juga peserta menyertai kempen Mahasiswa Menolak Valentine’s Day sebagai usaha menyedarkan remaja serta belia supaya tidak meraikan sambutan yang menyalahi syariat agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.