Daripada Abu Abdullah
al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما
beliau berkata:
Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya
perkara yang halal itu
terang jelas, dan
sesungguhnya perkara yang
haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada
perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan
orang tidak
mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga
perkara syubhat maka
sesungguhnya
dia telah membersihkan agamanya
dan maruah dirinya.
Dan
barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat,
maka dia telah jatuh
dalam perkara haram,
umpama seorang pengembala
yang mengembala
di
sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan
menceroboh masuk ke
dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja
ada sempadan dan sesungguhnya
sempadan Allah itu ialah
perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah
bahawa dalam setiap
jasad itu ada seketul daging
yang apabila ia baik
maka baiklah
seluruh jasad dan
apabila ia rosak, maka rosaklah
seluruh
jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
Petua tenangkan hati
oleh Dr. Fadzillah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"
2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan
yang syubhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera
(mata, telinga, mulut dan sebagainya),
jangan dengar orang mengumpat.
Hebat penulisan ni, tq 4 sharing
BalasPadamSaya suka Sgt blog awk ni.Sgt bermanfaat dn padat .alhamdulillah
BalasPadam