Kita digalak sejahterakan orang lain
Sambutan Maulidur Rasul menyingkap
kembali ingatan kita kepada
kemuliaan
pekerti Baginda Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT:
“Dan bahawa sesungguhnya
engkau mempunyai akhlak
yang sangat-sangat mulia.”
(Surah Al-Qalam, ayat 4)
Abu Hurairah meriwayatkan,
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sungguh,
aku telah diutuskan
untuk menyempurnakan akhlak mulia.”
Saidatina Aisyah
menyifatkan
akhlak Rasulullah adalah al-Quran.
(Riwayat Muslim)
Disebut oleh al-Maraghi dalam mentafsirkan firman Allah SWT,
Rasulullah memiliki segala sifat kemuliaan seperti berani, malu, sabar
dan penyayang.
Kemuliaan akhlak ini adalah suatu rahmat dan sumber kebahagiaan dunia serta akhirat dari Allah SWT untuk diteladani.
Firman Allah SWT:
“Dan tiadalah Kami
mengutuskan engkau
(wahai Muhammad),
(wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam.”
(Surah al-Anbiya’, ayat 107)
Akhlak mulia
Kemuliaan akhlak yang ditunjukkan Baginda kerana takwa kepada Allah SWT. Justeru, akhlak mulia adalah syariat yang dibawa dan sendi agama yang tidak boleh dipisahkan daripada perilaku. Ia adalah karakter bagi seorang Muslim dan Mukmin.
Sabda Rasulullah SAW, seorang Muslim bukan saja yang menganut
Islam tetapi seorang yang mensejahterakan manusia dengan lidah dan
tangannya, manakala Mukmin pula bukan saja merujuk kepada seorang yang
beriman tetapi yang mengamankan manusia dengan diri dan hartanya.
Kedua-dua maksud daripada sabda Baginda ini menunjukkan akhlak
terpuji itu ialah apabila kita berbuat baik dan mensejahterakan orang
lain dengan kebajikan, sama ada secara fizikal mahupun material.
Daripada sekecil-kecil kebaikan seperti melemparkan wajah dengan
senyuman manis kepada orang lain, memberi serta menghulur salam dan
saling berpesan kepada kebaikan sehinggalah kepada pengorbanan harta
atau nyawa.
Senyuman adalah sedekah
Rasulullah SAW bersabda:
“Senyum yang engkau
lontarkan ke wajah saudaramu
adalah sedekah.”
(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Hibban)
Sebaliknya, sifat mementingkan diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain dan berbuat keburukan adalah dilarang dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tiada yang lebih
memberatkan timbangan
hamba Mukmin pada
hari akhirat kelak daripada
budi pekerti yang baik.
Dan sesungguhnya
Allah membenci orang
yang melakukan kekejian.”
(Riwayat
al-Tirmizi)
Justeru, sebagai pekerja yang sentiasa mahu berusaha mengambil
teladan daripada sifat dan amalan Rasulullah dalam mensejahterakan rakan
atau pelanggan, ia boleh dilakukan dengan mengenali ragam dan keperluan
pelanggan.
Antaranya dengan memberikan layanan mesra dan baik; berusaha
sedaya upaya untuk mengotakan piagam pelanggan dan slogan perkhidmatan;
menyediakan perkhidmatan yang pantas dan berkualiti; dan bersedia
menawarkan perkhidmatan apabila diperlukan tanpa mengira kedudukan
pelanggan.
Juga bersabar dan tidak terburu-buru
dalam menangani kerenah
pelanggan;
berusaha memahami dengan bersifat empati
dan bertolak ansur
dalam menyelesaikan aduan pelanggan yang kecewa; menerima aduan
pelanggan dengan objektif serta mengambil langkah penambahbaikan dan
berbudi bahasa.
Dekat dengan Allah
Usaha menjadikan kepuasan orang lain sebagai kepuasan diri adalah
sunnah Rasulullah SAW yang bernilai untuk merapatkan hubungan dengan
manusia serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya
kamu tidak dapat membeli
hati manusia dengan harta.
Akan tetapi
kebaikan budi pekerti
kamulah yang
menawan hati mereka.”
(Riwayat al-Baihaqi)
Ini diakui khalifah di zaman Abbasiyyah, Khalifah Abu Jaafar
al-Mansur, yang menyebut dalam syairnya:
“Kebaikan akan kekal
sepanjang zaman,
sedangkan kejahatan
hanyalah sampah
hanyalah sampah
yang dikumpulkan.”
Kayu pengukur
Amalan ini juga adalah kayu ukur bagi kerja keras dan bersungguh-sungguh.
Justeru, ia hendaklah tidak sekadar dijadikan kod etika dan budaya
kerja dalam kalangan pegawai khidmat pelanggan atau pegawai ditugaskan
di kaunter saja tetapi kepada semua tahap serta fungsi pekerja.
Hal ini akan mendorong kepada budaya kerja dan iklim organisasi cemerlang yang menyeluruh.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari,
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya
seorang Mukmin dengan
Mukmin yang lain
adalah seperti satu binaan,
sebahagiannya saling mengukuh
sebahagian yang lain.”
(Riwayat al-Bukhari
dan Muslim).
Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan
amalan perkhidmatan dengan tumpuan untuk mensejahterakan orang lain
sebagai suatu kepuasan diri dalam bekerja sesuai sabda Baginda bahawa
sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada yang lain.
Penulis ialah
Prof Madya di
Jabatan Siasah Syariyyah,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya (UM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.