Rabu, 26 Disember 2012

Solat Sunat Tahajud

Tujuan Solat Tahajud




  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.



1.  Sebelum mengerjakan 

Solat Tahajjud

 baca doa berikut :

 

 

Tiada Tuhan melainkan Dikau,

Maha Suci Dikau !

Daku memohon ampun kepada-Mu

bagi dosa-dosaku dan daku memohon

kepada-Mu akan Rahmat-Mu.

Ya Allah..

Tambahkanlah padaku ilmu dan

janganlah Dikau pesongkan hatiku

setelah Dikau berikan petunjuk.

Dan berikanlah daku Rahmat-Mu.

Sesungguhnya Dikaulah

yang melimpahkan rahmat !

Segala puji bagi Allah

yang telah menghidupkanku

dan kepada-Nyalah

tempatku kembali.


2.  Niat Solat Tahajjud:


 


(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, 
kerana Allah Ta’ala.



3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:




a)   Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali).


Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali).




Atau





b)   Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun.


Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas.




Atau





c)   10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran.


(Rasulullah SAW sering membaca ini 

pada solat Tahajjud Baginda.)




4. Selepas membaca tasbih

 pada sujud kedua dalam rakaat terakhir,

 bacalah doa berikut 3 kali:

 

 

 http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-sujud-akhir-tahajjud-sq.png




5.  Selesai salam solat Tahajud, 

bacalah doa yang pernah dibaca 

oleh Rasulullah SAW ini:

 

 http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-selepas-salam-tahajjud-sq.png



6.  Kemudian sambung baca

 Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

 

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-solat-sunat-tahajjud1.jpg


Ya Allah..

Bagi-Mu segala puji-pujian.

Dikaulah pendiri langit dan bumi dan

alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian,

Dikau Penguasa langit dan bumi

dan alam semesta serta segala isinya.

Dan bagi-Mulah segala puji,

Pemancar cahaya langit dan bumi dan

alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian,

Dikaulah yang benar (Al-haq),

janji-Mu adalah benar,

firman-Mu adalah benar,

perjumpaan dengan-Mu adalah benar,

syurga itu benar dan

neraka adalah benar.

Nabi-nabi itu benar,

Nabi Muhammad SAW adalah benar

dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah..

Pada-Mulah daku menyerahkan diri,

dengan-Mu daku beriman,

kepada-Mu daku bertawakal,

kepada-Mu daku kembali,

dengan-Mu daku menghadapi musuh

dan kepada-Mu daku berhukum.

Ampunilah dosa kesalahanku

yang telah lalu dan yang terkemudian,

baik yang daku sembunyikan

mahupun yang daku nyatakan,

di mana Dikau lebih mengetahuinya.

Dikau yang Maha Mendahului

dan Maha Mengakhiri.

Tiada Tuhan melainkan Dikau!

Tiada padaku daya dan upaya

melainkan dengan

pertolongan Allah!

Ya Allah..

Berilah kami kebaikan di dunia

dan kebajikan di akhirat dan

peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas

Penghulu kami Nabi Muhammad SAW

dan ke atas keluarga serta

para sahabat sekeliannya.

Segala puji hanyalah untuk Allah;

Tuhan Pemelihara seluruh alam ! 

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/solat-tahajjud-sq3.png



Firman Allah SWT :

  1. 17:79
 “Dan 

pada sebahagian malam hari 

bersolat Tahajjudlah kamu
 sebagai suatu
 ibadat tambahan bagimu.
 Mudah-mudahan Tuhan-mu
 mengangkat kamu
 ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda:


 “Kerjakanlah solat malam

 sebab itu adalah kebiasaan 

orang solihin sebelum kamu,

juga suatu jalan untuk 

mendekatkan diri

 kepada Tuhanmu,

 juga sebagai penebus 

segala amalan buruk,

 pencegah dari perbuatan dosa

 dan dapat menghalangi 

penyakit dari badan.” 


  (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)



KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD


  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.  
  • Doa dimakbulkan Allah.  
  • Memperolehi ketenangan jiwa.  
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas. 
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  •  Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia. 
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi. 
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.



Memudahkan Bangun Solat Malam


  • Sebelum masuk tidur, 
berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.

  •  Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat

  •  Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.

  •  Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda:   



“Sesiapa yang hendak 

tidur dan berniat untuk bangkit 

bagi mengerjakan 

Solat Sunat Tahajjud, 

kemudian tidurnya

 terlajak sampai ke pagi, 

maka dicatat niatnya itu 

sebagai satu pahala, 

manakala tidurnya pula 

dikira sebagai kurniaan Allah

 yang diberikan kepadanya.”  

 (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)




Amalan Solat Tahajjud









SATU cara paling berkesan untuk 
berhubung dengan Allah s.w.t ialah 
dengan bangun mengerjakan ibadat,
 khususnya sembahyang Tahajud atau 
sembahyang di tengah malam.Tetapi satu 
persoalan boleh ditimbulkan berhubung
 perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan
 masa untuk sembahyang tahajud pada
 tengah malam ketika suasana sunyi, 
sejuk dan penuh keheningan.







Jawapannya kerana Allah
 mahu menguji sejauh mana taatnya 
seseorang makhluk yang mengaku 
bertuhankan Allah. Sesungguhnya,
 bukan satu perkara mudah untuk bangun 
daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari 
ketika orang lain sedang dibuai mimpi. 






Juga bukan satu perkara mudah 
untuk berwuduk dalam suasana dingin malam 
yang mencengkam dan bukan mudah untuk 
mengangkat takbir menghadap Allah
 dalam keadaan mata yang masih 
terkebil-kebil kepedihan.





Dengan kata lain, 
amalan bangun bertahajud adalah 
perbuatan amat berat untuk dikerjakan.
 Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana 
sehari suntuk bekerja pada siang hari 
menyebabkan sesetengah orang yang
 tidur seperti mati. 








Ia amat susah untuk disedarkan
 walaupun puas dikejut.Matanya 
akan menjadi bertambah mengantuk dan 
tubuhnya akan menjadi bertambah penat
 apabila mereka tidur lewat malam kerana
 asyik menonton TV atau mereka 
melakukan kerja tambahan lain.

 






Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi 
di tengah malam juga menjadi faktor 
untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur 
dan berasa keberatan untuk berhubungan 
dengan Allah di tengah malam. 







Iman yang kurang tebal akan
 membuat seseorang yang tidur nyenyak
 menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. 







Sesungguhnya ketika itu 
adalah masa paling nikmat untuk tidur. 
Namun, pada kesukaran inilah 
tersembunyi suatu rahsia Allah 
yang hanya sedikit sekali
 diketahui hamba-Nya.

 





Sekalipun sembahyang Tahajud 
sekadar sunat, tetapi kelebihannya
 amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. 






Firman Allah s.w.t bermaksud:
 





“Dan dari malam, 

hendaklah engkau bertahajud 

(tinggalkan tidur untuk sembahyang) 

semoga Tuhanmu mengangkat kamu

 pada kedudukan yang terpuji." 

 
(Surah Al-Israk: Ayat 79)

 






Ayat ini menjelaskan kepada kita
 betapa pentingnya sembahyang Tahajud.
 Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah
 kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan
 mereka dengan Penciptanya. 






Sesungguhnya segala kesusahan 
dan kepayahan itu hanya dirasai
 mereka yang jarang atau tidak pernah
 melakukannya.  Namun, bagi mereka yang biasa,
 ia menjadi suatu kenikmatan pula.

 





Bagi yang dapat menghayatinya, 
mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. 
Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam,
 pintu langit akan terbuka luas untuk
 menerima taubat hamba Allah dan 
Malaikat akan membawa kendi emas
 untuk mengumpul air mata taubat 
bagi menyiram api neraka yang sedia
 menanti mahu membakar tubuh manusia
 di akhirat nanti. 






Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
 






“Allah s.w.t sayang kepada lelaki 

yang bangun malam kemudian 

mengerjakan sembahyang dan akan

 membangunkan isterinya dan

 kalau isterinya enggan, 

dipercikkan air di wajahnya.

 Dan Allah sayangkan

 perempuan yang bangun malam

 kemudian mengerjakan sembahyang 

dan membangunkan suaminya dan 

jika suaminya enggan, 

dipercikkan air ke wajahnya.” 

 
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

 




Sesungguhnya untuk mendapat
 kasih sayang daripada Allah bukan
 sesuatu yang mudah.
 Allah mengasihi orang
 yang beriman dengan melaksanakan
 suruhan-Nya dan meninggalkan 
yang dilarang.






Sembahyang Tahajud
 satu suruhan Allah dan oleh itu 
Allah menyayangi mereka yang
 mengerjakan sembahyang ini.
Bagi manusia yang benar-benar yakin 
dan patuh kepada Allah tidak akan 
keberatan untuk bangun melakukan 
Tahajud di tengah malam.

 





Sebaliknya, orang yang lemah imannya 
akan berasa berat untuk menolak selimutnya
 walaupun berat selimutnya tidak sampai
 setengah kilogram.Sembahyang Tahajud 
sesungguhnya satu daripada sembahyang
 sunat yang mempunyai nilai dan
 kedudukan tinggi berbanding 
sembahyang sunat lain.
Sembahyang Tahajud adalah 
amalan orang soleh yang sentiasa
 mahu mendekatkan diri kepada Allah.

 






Amalan sembahyang Tahajud 
bukan hanya diamalkan umat 
Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.
Ini bererti perintah Tahajud bukan 
dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan
 fadilat atau kelebihan sembahyang malam 
dengan berkata maksudnya:





 “Sesiapa mengerjakan 

sembahyang malam (Tahajud) 

dengan khusyuk

 nescaya dianugerahkan 

Allah sembilan perkara, 

lima di dunia dan empat di akhirat. 

Kurniaan di dunia ialah

a. Jauh daripada segala penyakit
 



b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
 



c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
 



d. Percakapannya mengandungi hikmat
 


e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

 



Sementara empat perkara di akhirat ialah:
 



a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
 



c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
 


d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

 




Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

 





Sesungguhnya, manusia akan 
berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

 





Apa yang dibaca seseorang
 ketika bersembahyang itu seolah-olah 
didengar dan mendapat layanan daripada 
Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang 
khusyuk dalam sembahyang akan berasa
 hubungannya dengan Allah begitu hampir.






Biasanya, permohonan seseorang
 untuk mendapat sesuatu itu cepat
 mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.






Oleh itu, 
mohonlah keampunan dan
 limpahan rahmat Allah ketika 
orang lain sedang tidur nyenyak.

 






Berhubunglah dengan Allah 
ketika peluang masih ada, umur masih muda 
dan pintu taubat masih terbuka. 
Insya-Allah kita akan mendapat
 limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.
Sebaik-baik permohonan dan masa 
untuk berhubung dengan Allah ialah 
pada waktu malam. Sebab itu,
 kurangkanlah tidur dan banyakkanlah
 bersembahyang di tengah malam.

 



Mungkin juga anda perlu 
melakukan sesuatu aktiviti sebelum 
anda masuk tidur.. 4 Perkara Sebelum Tidur 
(Tafsir Haqqi)

 



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-

 




“Ya Aisyah

 jangan engkau tidur sebelum 

melakukan empat perkara, iaitu : -

 


1.Sebelum khatam Al Qur’an
 


2. Sebelum membuat para nabi 
memberimu syafaat di hari akhirat,
 


3. Sebelum para muslim meredhai kamu
 


4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

 

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah…. 

Bagaimana aku dapat 

melaksanakan empat perkara seketika?”
 




Rasul tersenyum dan bersabda :

 


“Jika engkau tidur bacalah : 

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau

 mengkhatamkan Al Qur’an. 

Membacalah selawat untukKu dan para nabi

 sebelum aku, maka kami Semua 

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin 

maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid,

bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu

telah melaksanakan ibadah haji dan umrah“

 

"  Ya Allah...
ringankan tubuh badan kami 
untuk bangun mengadap dan bermunajat 
padaMu di sepertiga malamMu.  "




p/s:

peringatan buat diri sendiri 

yang mudah lupa....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.