Jadilah
bunga mawar
yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu
menjadi
sebarangan bunga
yang tetap juga indah
tetapi sayang tidak berduri.
Apabila tiada duri,
tiada lagi benteng yang boleh
melindungi keindahan
si bunga
daripada sewenang-wenangnya
didekati sang kumbang.
Lantas,
tercemarlah keindahan
dan murahlah nilainya.
Duri mawar itulah
ditasybihkan dengan perbatasan aurat,
akhlak dan al-haya'.
Dengan
pagaran duri itu,
kilauan warnanya semakin memancar indah
dan harum
aromanya menyelinap di
segenap naluri yang mengundang kekaguman
di hati
sang kumbang hinggakan
sang kumbang berfikir beberapa kali
untuk
mendekatinya.
Cinta itu seperti kupu-kupu.
Tambah dikejar, tambah lari.
Tapi kalau
dibiarkan terbang,
dia akan datang di saat kamu
tidak mengharapkannya.
Jangan kau kira
cinta datang dari keakraban
yang lama dan pendekatan
yang terus menerus.
Cinta adalah kesesuaian jiwa
dan jika itu tak pernah ada,
cinta tak akan pernah tercipta
dalam hitungan tahun bahkan abad.
Cinta berlalu di depan kita,
terbalut dalam kerendahan hati;
tetapi kita lari daripadanya dalam ketakutan,
atau bersembunyi di dalam kegelapan;
atau yang lain mengejarnya,
untuk berbuat jahat atas namanya.
Sahabat bukan tentang siapa
yang telah lama kamu kenal,
tapi tentang siapa yang menghampiri hidupmu
dan tak pernah meninggalkanmu.
Bangkitlah dari kesedihan,
kerana kesedihan adalah proses
yang harus dilalui untuk menuju kebahagiaan.
Dari hal-hal yang baik-baik,
belajarlah untuk mengucapkan syukur.
Dari hal-hal yang buruk,
belajarlah untuk menjadi kuat.
Kita lahir
dengan otak di dalam
tengkorak kepala kita.
Sehingga tidak peduli
semiskin mana pun kita, kita tetap kaya.
Kerana tidak akan ada seorang pun
yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita
dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan
dalam otak anda jauh lebih berharga
daripada emas dan perhiasan.
Mengetahui sesuatu dan
memahami segala sesuatu
adalah lebih baik daripada
mengetahui segala sesuatu,
tetapi tidak memahami sesuatu.
Jagalah dirimu baik-baik,
usahakanlah kemuliaannya,
kerana engkau dipandang manusia
bukan kerana rupa tetapi
kesempurnaan budi dan adab.
Setiap yang kita lakukan
biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa
menjadi mainan orang.
Esok pasti ada
tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok
yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti
kerana implikasinya
tidak seperti yang diimaginasi.
Didiklah hati dengan keihklasan
dan kesucian agar liku-liku
kehidupan ini menjadi lebih bermakna
dan mengikuti arus perubahan kedewasaan.
Setiap manusia adalah
arkitek kehidupannya sendiri.
Dia membinanya sebagaimana
yang dikehendakinya namun
selepas dia membina
apa yang dikehendakinya, kadang kala
dia mendapati bahawa dia tidak menyukai
apa yang telah dibinanya dan mencari
seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan
daripada mencuba untuk
menukar dirinya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.