Khamis, 13 Disember 2012

Menuntut Ilmu Satu Ibadah



Menuntut  Ilmu



Menurut dari ajaran Islam, 
menuntut ilmu adalah satu dari ibadah yang 
terpuji yang membawa seseorang ke Syurga. Bagaimanapun, matlamat disebalik menuntut ilmu itu
 lebih penting dari ilmu itu sendiri. 




Ketulusan menuntut ilmu dengan matlamat 
keTuhanan, untuk keredhaan Allah dan berbakti 
kepada makhlukNya,akan membawa seseorang ke 
Syurga dalam kumpulan para Nabi dan Awliya. 
Tetapi mencari ilmu untuk kepentingan diri, 
duniawi atau bermotif keduniaan akan membawa 
seseorang kepada kejahilan, berdosa terhadap 
makhluk Allah, dan akhirnya, Neraka.



Seseorang yang bercita-cita untuk 
mencari ilmu hendaklah sebagai langkah pertama  
menjalani proses mensucikan jiwa; 
tanamkan ketaqwaan (takut kepada Allah) dalam
jiwanya, bebaskan dirinya dari niat yang keji dan bermotifkan keduniaan, dan selalulah melihat 

dan menilai diri sama ada ilmu yang didapati 
untuk tujuan keduniaan. Seseorang juga 
hendaklah ingat bahawa takut kepada Allah 
adalah sikap khusus seorang ‘alim 
 (orang yang mempunyai ilmu) dan sesiapa 
yang tidak takut kepada Allah adalah diluar 
barisan orang yang mempunyai ilmu, tidak kira 
berapa banyak dia telah menghafal atau  
betapa menarik kata-katanya ketika bercakap.




Di setiap langkah menuntut ilmu, 
kamu hendaklah merenung dan memikirkan 
 dengan mendalam kepada yang menjadi tujuan 
utama disebalik menuntut ilmu. 
Tanyalahdiri kamu: 
Mengapa saya menuntut ilmu? 
Adakah untuk mendapatkan pekerjaan 
yang lebih baik, untuk bertanding dengan 
kawan atau kumpulan, untuk mendapat anugerah,
ijazah atau kedudukan sosial? 






Jika kamu mencari pengajian yang lebih tinggi, 
adakah kamu menuntut untuk menulis buku dan kertas kerja dan membuat syarahan-syarahan umum 
supaya dipuji sebagai lelaki atau wanita berilmu?
 Atau hanya untuk keredhaan Allah dan 
berbakti kepada makhlukNya?



Ilmu yang kamu dapati seharusnya 
memimpin kamu menjadi lebih bertaqwa, 
melakukan amalan yang ikhlas dan menjadikan kamu mencintai dan lebih takut kepada Allah 
dengan bertambahnya ilmu. 



Ilmu yang tidak menjadikan seseorang 
melakukan amalan yang baik bukanlah 
ilmu yang hak. Ilmu yang terhad pada 
syarahan-syarahan dan tidak mengandungi 
aplikasi praktikal untuk makhluk Allah 
adalah ilmu yang ditahap paling rendah 
dan akan hilang dengan berlalunya masa.


Perhatikan tingkah laku kamu ketika kamu 
mendapatkan ilmu. Adakah menjadikan kamu 
lebih rendah hati dan lebih bersabar terhadap rakan 
dan teman? Atau adakah menjadikan kamu 
lebih sombong, bongkak dan suka berbalah? 
Adakah menjadikan kamu lebih sukar untuk 
menerima kebenaran dan mengakui kejahilan kamu
 dalam perhimpunan manusia? 
Adakah menjadikan kamu cemburu kepada 
mereka yang lebih ilmunya dari kamu? 




Ingatlah bahawa egoism akan hancur dan 
terhapus dengan ilmu yang hak dan tanda-tanda 
tingkah laku yang terdapat dalam ilmu 
yang hak adalah, tidak terdapat sama sekali 
egoism, angkuh, mencintai diri dan kesombongan.



Ketika mengikuti jalan ilmu, 
kamu hendaklah berserah kepada Tuhan, 
hormati guru, dan jangan malu untuk 
mendapatkan ilmu dari yang lebih muda dari kamu. 
Semak dan fikirkan semula apa yang kamu 
telah pelajari. Selalulah berdoa kepada Allah 
supaya membantu kamu dengan rahmatNya dan mengilhamkan idea-idea yang baik, dan
melindungi kamu dari menggunakan ilmu untuk mendapatkan kepentingan dunia dan
bermotif untuk diri sendiri.






Imam Ali (as) pernah berkata: 
‘Wahai penuntut ilmu, 
ilmu mempunyai banyak
kemuliaan. (Jika kamu bayangkannya 

sebagai manusia maka) kepalanya
adalah rendah diri, 

matanya adalah bebas dari iri hati, 
telinganya adalah kefahaman, lidahnya adalah kebenaran, mindanya adalah penyelidikkan,
hatinya adalah niat yang baik,

 inteleknya adalah ilmu (ma’rifah) mengenai
benda dan perkara, tangannya adalah belaian

 kasih sayang, kakinya adalah menziarahi 
yang berilmu, keazamannya adalah kejujuran, kebijaksanaannya adalah ketaqwaan,
 tempat tinggalnya adalah keselamatan, 
kemudinya adalah kesihatan, 
tunggangannya adalah ketaatan, 
senjatanya adalah kelembutan berbicara, 
pedangnya adalah berpuas hati (ridha), 
tunduknya adalah kesabaran, 
tenteranya adalah perbincangan 
dengan yang berilmu, hartanya adalah pekerti 
yang mulia, simpanannya adalah menahan diri 
dari maksiat, kelengkapannya untuk perjalanan 
adalah kesucian, air minumnya adalah 
 lemah lembut, petunjuknya adalah petunjuk Ilahi, 
dan sahabatnya adalah mencintai yang terpilih.” 
[Al-Kulayni, al-Kafi, kitab fadl al-‘ilm, bab al-nawadir,
hadith # 3]




Imam Ali (as) pernah berkata:


 “Terdapat tiga tanda orang berilmu:
 “Ilmu, Sabar dan Diam.” 
[Ibid, jilid 2, ms 59]



Rasulullah (saw) telah ditanya:


 “Apa itu Ilmu?” 
Baginda menjawab: “Berdiam diri”. 
Baginda ditanya: “Kemudian?”. 
Baginda berkata: “Dengarkan 
dengan penuh perhatian”. 
Baginda ditanya: “Kemudian?” 
Baginda berkata: “Ingat”. 
 Baginda ditanya: “Kemudian?” 
Baginda berkata: “Amalkan (yang dipelajari).”
Baginda ditanya: “Kemudian?” 

Baginda berkata: “Sampaikan.”




(Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jilid 2, ms 28)


Nabi Muhammad (saw) berkata:
 “Ilmu tidak (diperolehi) melalui kuatnya belajar. 
Bahkan, itu adalah cahaya yang Tuhan 
pancarkan ke dalam hati sesiapa yang 
Dia hendak berikan petunjuk.” 
[Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jilid 67, ms 140]




Nabi Muhammad (saw) berkata: 
“Sesungguhnya ilmu mengandungi yang tiga ini:
‘tanda pasti’, ‘sekadar tugas’ dan ‘sunnah 

yang termaktub (kaedah)’.
Selebihnya adalah berlebihan.”
 [Al-Kulayni, al-Kafi, vol. 1, "kitab fadl al-'ilm", "bab sifat al-'ilm wa fadluh", hadith #1]

 
Ungkapan ‘tanda pasti’ bermaksud pengetahuan rasional, doktrin yang sebenar dan pengajaran dari Ilahi. ‘Sekadar tugas’ bermaksud pengetahuan etika dan pembersihan
diri. ‘Sunnah yang termaktub’ merujuk kepada pengetahuan dari aspek matematik dan yang melibatkan semacam aktiviti fisikal. Ada kalanya menuntut ilmu menjadi ‘sekadar
tugas’ dan pada masa yang lain ‘sunnah yang termaktub’.
 


Pengetahuan perubatan, anatomi, astronomi, astrologi dst apabila di lihat padanya sebagai tanda-tanda dan simbol-simbol Ilahi, dan juga pengetahuan berkaitan sejarah dan
ketemadunan, apabila di lihat padanya sebagai cara-cara untuk mendapatkan pengajaran dan teguran adalah termasuk juga dalam kategori ‘tanda pasti’ kerana dengan cara itu ilmu mengenai Ke Tuhanan atau ilmu mengenai akhirat boleh diperolehi atau disahkan.




Nabi Muhammad (saw) berkata:
 “Seseorang yang berjalan di jalan menuntut
ilmu, di masa yang sama Allah menjadikannya berjalan menuju ke Syurga. Dan sesungguhnya para-para malaikat mengembangkan sayap mereka untuk para penuntut ilmu dengan perasaan gembira. Sesungguhnya setiap makhluk
di langit dan di bumi meminta ampun untuk penuntut ilmu, termasuklah ikan di laut. Kemuliaan orang yang ‘alim (berilmu) di atas orang yang abid (taat) adalah seperti mulianya bulan diatas bintang-bintang di malam bulan penuh. Yang berilmu adalah pewaris para Nabi, kerana para Nabi tidak meninggalkan warisan harta tetapi ilmu. Maka sesiapa yang mengambil bahagian akan
mendapat manfa’at yang banyak.”
[Al-Kulayni, al-Kafi, jilid 1, kitab fadl al-'ilm, hadith # 1]






Sumber : 
http://al-islam.org/faq/
http://www.al-islam.org/nutshell/files/knowledge






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.