Abdullah Ibn Masud r.a. berkata,
Anas bin Malik r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguhnya di syurga
ada
sebuah bazar (suq dalam bahasa Arabnya)
yang dikunjungi setiap Jumaat.
Maka bertiup kepada mereka
angin sejuk yang menyentuh wajah
dan pakaian
mereka dengan kasturi.
Mereka pun semakin bertambah
tampan dan indah.
Mereka lalu
kembali kepada isteri-isteri mereka
yang menyambutnya dengan
ucapan:
“Kamu semakin tampan”.
Mereka menjawab:
“Kamu juga, demi Allah,
semakin cantik dan indah. ”
(HR Muslim)
Di dalam sebuah hadis yang panjang
riwayat Imam Al Tirmizi da Ibn Majah,
Rasulullah saw menjelaskan bahawa
apabila ahli syurga memasuki bazar itu,
mereka di tempatkan dalam majlis sesuai
dengan amalan masing-masing.
Di situ, mereka diizinkan
menziarahi Allah ta’ala.
Allah s.w.t kemudian menampakkan
zatNya kepada mereka dan berbicara
kepada mereka satu per satu.
Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
riwayat Imam Al Tirmizi da Ibn Majah,
Rasulullah saw menjelaskan bahawa
apabila ahli syurga memasuki bazar itu,
mereka di tempatkan dalam majlis sesuai
dengan amalan masing-masing.
Di situ, mereka diizinkan
menziarahi Allah ta’ala.
Allah s.w.t kemudian menampakkan
zatNya kepada mereka dan berbicara
kepada mereka satu per satu.
Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada seorang pun
yang berada dalam majlis itu
melainkan akan diajak bicara
oleh Allah s.w.t. Bahkan Allah s.w.t
bertanya kepada salah seorang dari mereka:
“Wahai si fulan,
ingatkah engkau akan hari ini dan ini?”
Allah mengingatkannya sebahagian
dari dosa-dosanya di dunia.
Orang itu segera berkata:
" Ya Tuhanku,
bukankah engkau
telah mengampuni dosa itu? ”
Allah menjawab :
" Ya, atas keluasan maghfirah-Ku,
engkau berada di tempat ini.”
yang berada dalam majlis itu
melainkan akan diajak bicara
oleh Allah s.w.t. Bahkan Allah s.w.t
bertanya kepada salah seorang dari mereka:
“Wahai si fulan,
ingatkah engkau akan hari ini dan ini?”
Allah mengingatkannya sebahagian
dari dosa-dosanya di dunia.
Orang itu segera berkata:
" Ya Tuhanku,
bukankah engkau
telah mengampuni dosa itu? ”
Allah menjawab :
" Ya, atas keluasan maghfirah-Ku,
engkau berada di tempat ini.”
Berikut adalah beberapa amalan
yang sunat dilakukan pada hari Jumaat,
bagi pemburu syurga........
1. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w
pada
malam Jumaat dan pada siang hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
“ Perbanyakanlah selawat kepadaku
pada hari Jumaat dan malam
Jumaat.
Sesiapa yang berselawat kepadaku
satu kali maka Allah akan
berselawat
dan memberikan salam kepadanya
sepuluh kali. "
(HR Al Baihaqi)
2. Membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat atau
malam Jumaat. Abu Sa’id meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:
" Sesiapa yang membaca
surah Al Kahfi pada hari Jumaat,
maka ia akan diterangi oleh
cahaya antara dua Jumaat . "
(HR Al Nasa’i dan
Al Baihaqi)
3. Mandi sunat, berhias, bersugi dan memakai wangian.
Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
"
Sesungguhnya hari ini (Jumaat)
ialah Hari Raya yang Allah jadikan
untuk
kaum Muslimin.
Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat,
maka hendaklah ia
mandi.
Jika ia memiliki minyak wangi,
maka hendaklah ia memakainya.
Hendaklah pula kalian bersugi. "
(HR Ibn Majah)
4. Bersegera menghadiri solat Jumaat.
Ganjaran bagi
seseorang yang hadir awal pada solat Jumaat dinyatakan dalam sebuat
hadis dari Abu Hurairah r.a. dimana, seawal-awal mereka dikurniakan
ganjaran seperti berkorban seekor unta, diikuti seekor lembu, seekor
kambing, seekor ayam dan sesudahnya hanya seperti berkorban sebiji
telur…
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat. Samurah
meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Hadirilah
khutbah dan
mendekatlah dengan imam.
Sesungguhnya seseorang
yang
sentiasa menjauh (dari imam)
akan diakhirkan tempatnya di syurga
meskipun ia memasukinya . "
(HR Abu Daud dan Al Hakim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.