Ahad, 30 Disember 2012

Air mata taubat Nabi Adam a.s



 Air mata taubat Nabi Adam a.s


Beliau menangis selama 300 tahun
 tanpa mendongak ke langit kerana 
sangat takut dan hibanya terhadap dosa
 yang telah ia lakukan.






Nabi Adam bersujud di atas gunung 
dan air matanya mengalir ke lembah-lembah. 
Dari air matanya itulah Allah SWT 
 telah menumbuhkan pohon kayu manis 
dan pohon bunga cengkih. 






Beberapa ekor burung telah
 meminum air mata Nabi Adam
 lalu berkata;



 "Sungguh manis air ini." 



Nabi Adam terdengar lalu menyangka 
burung itu menyindirnya sehingga ia 
memperhebatkan tangisannya.


Lalu Allah mendengar dan menerima 
taubat Adam dan mewahyukan:


 "Hai Adam,

 sesungguhnya belum pernah Aku 

menciptakan air lebih lazat daripada 

air mata taubatmu! "





AIR MATA KEINSAFAN

AIR MATA KEINSAFAN,
YANG MENGALIR DIMALAM SEPI
INILAH DIA PELEMBUT JIWA,
BAGI MENDAPAT KASIH ILAHI
RINTIHAN DI PERTIGA MALAM,
DARI SEORANG HAMBA YANG DHOIF
KERNA MENGENANG SEGALA DOSA,
MOGA MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ILAHI
SETIAP KEKASIH ALLAH,MENEMPUHI JALAN INI
UNTUK MEREKA MEMILIKI KEJAYAAN.....
AYUH BERSAMA KITA SUSULI,
PERJALANAN KEKASIH ALLAH
AGAR KITA TIADA RUGI,
DALAM MENITI HIDUP INI..
DERAIAN AIR MATA INI,
TITISAN YANG PALING BERHARGA
BUAT MENYIMBAH API NERAKA,
MOGA SELAMAT DI TITIAN SIRAT
BAHAGIA MENUJU SYURGA ABADI...
AIR MATA KEINSAFAN,
YANG MENGALIR DIMALAM SEPI
INILAH DIA PELEMBUT JIWA,
BAGI MENDAPAT KASIH ILAHI..... 





 
 
 


1 ulasan:

  1. Kdg2 kite ssh nangis dihadapan Allah s.w.t...sedangkan byk dosa2 yg kite lakukan..Allahuakbar...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.