Umat Islam dilarang borak, lepak tepi jalan
Gejala lepak dalam kalangan remaja dan golongan warga tua semakin
membarah dalam masyarakat Islam. Semakin ramai remaja menjadikan
kompleks beli-belah dan stesen bas sebagai tempat melepak.
Tidak kurang juga, warga tua yang ‘ketagih’ mengunjungi warung kopi pada siang dan malam hari hingga membiarkan anak remaja mereka berkeliaran tanpa arah tujuan. Demikianlah senario menyedihkan yang kini menjadi isu sosial.
Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati sebuah jalan,
Baginda SAW terserempak dengan beberapa sahabat asyik duduk berborak dan
melepak di tepi jalan. Melihatkan itu, Rasulullah SAW berkata: “Jangan
kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan! Tetapi sahabat
menjawab: Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan
amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap dan berborak
sesama sendiri. Kemudian, Baginda SAW memberikan mereka pilihan atau
jalan keluar dengan berkata: Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan
kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun
bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab:
Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab
salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan maksud hadis, amalan berborak dan melepak sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan sahabat hingga mereka mengakui amat sukar untuk membuang tabiat itu.
Agenda perutusan Rasulullah SAW ialah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (yang terpuji), maka sudah Baginda bertindak untuk mengubah kebiasaan negatif supaya tidak membarah dalam masyarakat Islam.
Pada masa sama, Rasulullah SAW tidak ketinggalan menawarkan beberapa langkah alternatif kepada sahabat supaya mereka dapat membebaskan diri daripada kebiasaan melepak dan berborak yang hanya membuang masa.
Perkara pertama dianjurkan Rasulullah SAW apabila seseorang berbicara dan berborak di tepi jalan atau di mana juga ialah menundukkan pandangan daripada perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, sekali gus boleh mendatangkan dosa.
Dengan kata lain, pandangan mata adalah dilarang sama sekali untuk melihat perkara dilarang Allah seperti melihat aurat perempuan, mengintai dan memandang lama-lama ke arah wanita ajnabi.
Hak jalan yang kedua ialah seseorang yang berborak di tepi jalan itu tidak boleh mengganggu orang lain dari segi perasaannya, fizikalnya dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah menegaskan ciri Muslim sejati: “Seorang Muslim sejati ialah orang Islam di sekelilingnya yang merasa selamat daripada lidahnya dan tangannya; seorang Mukmin sejati ialah orang mukmin di sekelilingnya berasa aman terhadap diri mereka dan harta benda mereka sendiri; dan seorang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah seorang meninggalkan perkara yang keji, lalu menjauhinya.” (Riwayat Ahmad)
Umat Islam dilarang sama sekali melepak dan berborak di tepi jalan hingga menyebabkan gangguan kepada orang lain terutama apabila ia menyekat laluan orang ramai, berlaku aksi menggoda atau mengurat golongan wanita yang melintas di kawasan itu.
Pendek kata, segala jenis gangguan sama ada zahir mahupun batin yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam adalah ditegah sama sekali.
Hak jalan seterusnya yang diiktiraf Islam sebagai pengikat kasih sayang antara sesama manusia ialah menjawab salam. Menurut Islam, hukum mengucapkan salam adalah sunat, manakala menjawab salam pula hukumnya adalah wajib.
Justeru, apabila seseorang yang sedang berbicara di tepi jalan, tiba-tiba ada mendengar ucapan salam, maka dia wajib menjawab salam itu.
Perintah ini selaras firman Allah SWT: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86)
Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengucapkan dan menjawab salam antara satu sama lain. Sebenarnya ucapan salam itu sendiri mengungkapkan makna kedamaian dan keamanan sejagat untuk umat manusia. Hubungan akrab terjalin apabila saling bertanya khabar.
Hak jalan keempat ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru, jika berlaku sebarang amalan negatif yang bercanggah dengan Islam, umat Islam dituntut untuk mencegah supaya akibatnya tidak melarat kepada orang lain yang tidak berdosa.
Begitu juga amalan kebaikan hendaklah disampaikan kepada golongan yang berborak dan melepak seperti nasihat-menasihat ke arah kebaikan, bersama-sama solat jemaah di masjid, membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, memanfaatkan masa terluang dengan ibadat dan sebagainya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka dia telah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun juga. Sebaliknya, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia telah menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan dosanya sedikitpun.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak kurang juga, warga tua yang ‘ketagih’ mengunjungi warung kopi pada siang dan malam hari hingga membiarkan anak remaja mereka berkeliaran tanpa arah tujuan. Demikianlah senario menyedihkan yang kini menjadi isu sosial.
Rasulullah SAW bersabda; "Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan maksud hadis, amalan berborak dan melepak sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan sahabat hingga mereka mengakui amat sukar untuk membuang tabiat itu.
Agenda perutusan Rasulullah SAW ialah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (yang terpuji), maka sudah Baginda bertindak untuk mengubah kebiasaan negatif supaya tidak membarah dalam masyarakat Islam.
Pada masa sama, Rasulullah SAW tidak ketinggalan menawarkan beberapa langkah alternatif kepada sahabat supaya mereka dapat membebaskan diri daripada kebiasaan melepak dan berborak yang hanya membuang masa.
Perkara pertama dianjurkan Rasulullah SAW apabila seseorang berbicara dan berborak di tepi jalan atau di mana juga ialah menundukkan pandangan daripada perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, sekali gus boleh mendatangkan dosa.
Dengan kata lain, pandangan mata adalah dilarang sama sekali untuk melihat perkara dilarang Allah seperti melihat aurat perempuan, mengintai dan memandang lama-lama ke arah wanita ajnabi.
Hak jalan yang kedua ialah seseorang yang berborak di tepi jalan itu tidak boleh mengganggu orang lain dari segi perasaannya, fizikalnya dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah menegaskan ciri Muslim sejati: “Seorang Muslim sejati ialah orang Islam di sekelilingnya yang merasa selamat daripada lidahnya dan tangannya; seorang Mukmin sejati ialah orang mukmin di sekelilingnya berasa aman terhadap diri mereka dan harta benda mereka sendiri; dan seorang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah seorang meninggalkan perkara yang keji, lalu menjauhinya.” (Riwayat Ahmad)
Umat Islam dilarang sama sekali melepak dan berborak di tepi jalan hingga menyebabkan gangguan kepada orang lain terutama apabila ia menyekat laluan orang ramai, berlaku aksi menggoda atau mengurat golongan wanita yang melintas di kawasan itu.
Pendek kata, segala jenis gangguan sama ada zahir mahupun batin yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam adalah ditegah sama sekali.
Hak jalan seterusnya yang diiktiraf Islam sebagai pengikat kasih sayang antara sesama manusia ialah menjawab salam. Menurut Islam, hukum mengucapkan salam adalah sunat, manakala menjawab salam pula hukumnya adalah wajib.
Justeru, apabila seseorang yang sedang berbicara di tepi jalan, tiba-tiba ada mendengar ucapan salam, maka dia wajib menjawab salam itu.
Perintah ini selaras firman Allah SWT: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86)
Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengucapkan dan menjawab salam antara satu sama lain. Sebenarnya ucapan salam itu sendiri mengungkapkan makna kedamaian dan keamanan sejagat untuk umat manusia. Hubungan akrab terjalin apabila saling bertanya khabar.
Hak jalan keempat ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru, jika berlaku sebarang amalan negatif yang bercanggah dengan Islam, umat Islam dituntut untuk mencegah supaya akibatnya tidak melarat kepada orang lain yang tidak berdosa.
Begitu juga amalan kebaikan hendaklah disampaikan kepada golongan yang berborak dan melepak seperti nasihat-menasihat ke arah kebaikan, bersama-sama solat jemaah di masjid, membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, memanfaatkan masa terluang dengan ibadat dan sebagainya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka dia telah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun juga. Sebaliknya, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia telah menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan dosanya sedikitpun.” (Hadis riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.