Suburkan sikap pemaaf elak sombong
Manusia tidak terlepas
melakukan kesilapan kerana
fitrah kejadian
mereka serta nisbah
perkataan manusia itu sendiri
membawa pengertian
alpa dan leka.
Lebih-lebih lagi apabila kesalahan itu
dilakukan sesama
manusia
hasil perkenalan atau persahabatan
antara mereka.
Begitu juga hubungan kekeluargaan
dan rakan kongsi yang terkadang
akan
tercalar disebabkan sesuatu
perkara yang menyinggung perasaan
sesuatu
pihak.
Nabi SAW bersabda:
“Setiap orang Mukmin
tetap akan
melakukan
kesalahan
dan
dosa antara sama lain.”
Di samping hubungan manusia
dengan Allah SWT, Islam
menitikberatkan
juga perhubungan sesama manusia
bagi merancakkan
aktiviti
kehidupan di dunia.
Saidina Ali berkata:
“Sesungguhnya
empat amalan yang paling sukar
dilakukan iaitu memberi maaf
pada waktu marah.
Kedua, bersikap pemurah
pada waktu susah.
Ketiga, menjauhi yang haram
pada waktu sunyi dan
keempat, mengatakan yang hak
kepada orang yang ditakuti dan
berkuasa atau kepada orang
yang diharapkan
sesuatu pemberian darinya.”
Perkara dituntut
Allah SWT berfirman:
“Ditimpakan ke atas mereka
kehinaan di mana-mana pun
mereka berada
(tanpa kemuliaan dan keamanan)
kecuali
(mereka berada)
dengan tali
(agama)
daripada Allah dan
tali (perdamaian)
dengan manusia.”
(Surah
Ali-Imran, ayat 112).
Mereka yang mampu menguasai
gelanggang
kehidupan dengan baik
akan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
dan
merekalah golongan yang dapat
menyingkirkan sifat sombong serta
berjaya
di akhirat.
Jelas sifat sombong
tercetus daripada sikap
mereka
yang tidak bersedia memaafkan orang lain.
Sikap saling memaafkan
antara
satu sama lain adalah perkara yang amat
dituntut bagi
mengeratkan kembali
hubungan yang sudah terjalin.
Tidak dinafikan sifat pemaaf
memang sukar dilakukan kerana
manusia sentiasa dikuasai fikiran logik
untuk bertindak atas sesuatu
perkara
sehingga menjejaskan nilai moral
mereka yang sebenar.
Apatah lagi apabila kesalahan itu
membabitkan tuduhan atau dakwaan
yang
memalukan orang lain seterusnya
menyebabkan penganiayaan terhadap insan
lain.
Saidina Ali berkata:
“Sesungguhnya
empat amalan yang
paling sukar
dilakukan iaitu memberi maaf
pada waktu marah.
Kedua,
bersikap pemurah
pada waktu susah.
Ketiga, menjauhi yang haram
pada
waktu sunyi dan
keempat, mengatakan yang hak
kepada orang yang ditakuti
dan
berkuasa atau kepada orang
yang diharapkan sesuatu
pemberian
darinya.”
Nabi Musa berkata:
“Wahai Tuhanku,
siapakah orang
yang paling mulia
di kalangan hambaMu?
Allah SWT menjawab:
Orang yang
sanggup
memaafkan orang lain walaupun ia
mampu dan berpeluang
untuk
membalas kembali.”
(Riwayat Baihaqi)
Menurut Imam Ghazali,
sabar adalah sifat khas manusia
yang tidak dimiliki makhluk lain.
Oleh
itu, sabar amat penting dan utama
dalam mengharungi kehidupan.
Bahkan
permusuhan dan kemaksiatan
yang tumbuh dalam masyarakat juga
disebabkan
oleh manusia yang tidak sabar
dalam menghadapi kehidupan dunia
yang
penuh dinamik.
Pertembungan dua unsur
Sikap
negatif yang dicetuskan syaitan
akan sentiasa menidakkan wujudnya
sifat
pemaaf dalam diri seseorang.
Pertembungan dua unsur iaitu
pemaaf dan
nafsu kemarahan
mewujudkan satu mekanisma
saling ingin menguasai
menyebabkan
ia amat berat dilakukan.
Antara kisah paling
masyhur
mengenai sifat pemaaf ialah
ketika Nabi Muhammad diracun
seorang
perempuan Yahudi dengan meletakkan
racun itu kepada daging kambing
panggang
yang amat digemari Baginda SAW.
Walaupun sahabat
Baginda,
Bisyir bin Barra meninggal dunia
selepas memakan daging kambing
diberikan
perempuan Yahudi itu, Rasulullah tetap
memaafkan
kesalahannya. Malah Baginda
berdoa kepada Allah SWT supaya diberi
petunjuk dan hidayah hingga akhirnya
perempuan Yahudi itu memeluk agama
Islam.
Tiada ubat paling mujarab
merawat penyakit hati
melainkan
dengan berlapang dada,
memberi kemaafan secara ikhlas
akan
mengembalikan ketenteraman,
ketenangan serta menambahkan
khusyuk ketika
beribadat.
Penulis ialah
Eksekutif Agama
The New Straits Times Press
(NSTP)
p/s:
Ya Allah..
rasa berdengung kepala ini,
nak marah teramat sangat..
Biarpun hati ini teramatlah marahnya,
teramatlah geramnya,
namun kerana
ukhwah yang terbina sebelum ni,
hati ini
kembali lembut untuk memaafkan..
Kadang-kadang kita sedih…
kenapa kawan-kawan kita begini
ya?
Tidak pernah rasa bersalah pada kita..
mana boleh nak suruh kita saja yang
menjaga hati mereka,,
hati kita sapa nak jaga…
Hati terus berbisik : 'Maafkan sajalah
orang yang menyakiti dan menimbulkan amarahmu".
INDAHNYA MAAF………..
dan tidaklah Allah menambah bagi
seorang hamba
dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta
tidaklah
seorang hamba merendahkan diri
kerana Allah melainkan Allah
meninggikan
darjatnya".
(HR. Muslim)
Nabi s.a.w bersabda,
"Orang yang paling sabar
diantara kamu ialah orang
yang
memaafkan kesalahan orang lain
padahal dia berkuasa untuk
membalasnya."
Nabi bersabda,
"Tidaklah seorang itu
suka memaafkan, melainkan dia
akan semakin mulia."
[HR. Muslim]
Allah berfirman,
”Dan bersegeralah kamu
kepada ampunan Tuhanmu dan kepada
syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi
yang disediakan untuk
orang-orang yang bertakwa,
iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya
di waktu
senang maupun di waktu sempit,
dan orang-orang yang menahan marah
dan memaafkan
kesalahan orang.
Allah suka kepada orang
yang berbuat kebajikan.”
(Ali
Imran : 133-134)
Nabi yang pernah bersabda:
"Dilaporkan kepada Allah semua
perbuatan
manusia pada
setiap hari khamis dan Isnin,
lalu Allah 'Azza Wa Jalla
mengampuninya
pada hari itu juga, diampunkan setiap orang
yang tidak syirik
(menyengutukan) sesuatu dengan-Nya,
kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan,
iaitu Allah berfirman untuknya:
Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa)
kedua-dua
(orang yang bersengketa) ini,
sehingga mereka berdua berdamai ,
tinggalkanlah
(jangan dihapus dosa)
kedua dua (orang yang bersengketa) ini,
sehingga mereka
berdua berdamai."
(HR Muslim)
"Dan jika kalian memaafkan
dan tidak memarahi serta mengampuni
(mereka)
maka sesungguhnya
Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang".
(At Taghobun: 14)
"Dan hendaklah mereka memaafkan
serta melupakan kesalahan orang-orang
itu,
tidakkah kamu suka supaya Allah
mengampunkan dosa kamu ?
Dan ingatlah
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".
(al-Nuur: 22)
Ya Allah,
Kau jadikanlah hatiku ini bersih,
hati yang sentiasa bersabar,
hati yang sentiasa mengingati Mu
di setiap hela nafasku
hati yang berlapang dada
dengan ujian Mu
Terima kasih Ya Allah
Kau memberiku ilmu
melalui ujian-ujian Mu itu.
Alhamdulillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.