Selasa, 20 November 2012

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu



Kaya Harta Dan Kaya Ilmu 


Diriwayatkan 
daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

” Janganlah ingin menjadi 

seperti orang lain kecuali 

seperti dua orang ini. 

Pertama,

 orang yang

 diberi Allah kekayaan berlimpah ruah 

dan ia membelanjakannya 

secara benar (di jalan yang adil 

dan sesuai dengan perintah Allah).

 Kedua,

 orang yang diberi Allah 

al-hikmah dan ia berperangai 

sesuai dengannya dan 

mengajarkannya kepada orang lain.”

 
(al-Bukhari)
 
 

Huraian

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? 
Ilmu, wang atau selainnya? 
Perumpamaan orang yang kaya harta dan 
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah 
seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, 
pada setiap butir terdapat seratus biji. 



Hakikatnya, kaya dan miskin 
akan menguji tahap keimanan seseorang. 
Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan 
yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. 
Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu 
atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata Sayidina Ali:



 “Ilmu akan menjaga diri mu, 

sementara harta adalah sebaliknya, 

kamu yang harus menjaganya.” 



Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan
 cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke 
jalan yang diredhai-Nya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.