Hijrah jambatan tegak syiar Islam
Kejayaan boleh dicapai jika berani ubah gaya hidup
Alhamdulillah, kita sudah memasuki tahun baru 1434 Hijrah. Maal Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan sahabat. Hijrah adalah langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah demi memperkasakan umat Islam.

Penyatuan dua golongan Muhajirin dan Ansar melahirkan
perpaduan, persepakatan, keharmonian dan lebih penting persaudaraan
sesama umat Islam. Perlu kita ingat kejayaan hijrah menjadi jambatan
tertegaknya daulah Islamiah kerana hijrah dipandu dan didukung oleh
keimanan serta ketakwaan yang padu.
Kejayaan hijrah ini juga mengubah landskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu. Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati di bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisa', ayat 100).
Hijrah membawa pengertian amat luas iaitu keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang lebih luas dan ia adalah pemisah antara yang hak dengan batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup lebih baik, maju, mulia dan berada pada lingkungan rahmat Ilahi.
Tanpa sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Ingatlah Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Allah SWT memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 11).
Justeru, sebagai umat Islam kita dituntut melakukan perubahan bersifat semasa untuk melepaskan seseorang daripada belenggu kebekuan yang bersifat tradisi. Dengan cara ini akan melahirkan umat Islam selari dengan zaman serta cabaran lingkungan terkini.
Umat Islam mesti diberi kebebasan dalam membuat pandangan yang membina supaya setiap pihak merasa selesa bahawa kritikan yang membina adalah untuk kebaikan semua. Hakikatnya perubahan seseorang bergantung kepada pendidikan dan Islam memberi penekanan terhadap pendidikan.
Firman Allah SWT: “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11).
Peredaran zaman memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi menjana ummah berkualiti, pendidikan bersepadu dan menyeluruh membabitkan fardu ain, fardu kifayah dan teknologi maklumat perlu dititikberatkan.
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradhawi menyatakan, pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku, ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
Umat Islam hari ini juga perlu dibangunkan dengan asas kerohanian yang kukuh supaya mereka tidak mudah cair dengan pengaruh persekitaran dan himpitan hawa nafsu. Umat Islam yang lemah kerohanian akan menyebabkan berlakunya kepincangan seperti krisis moral, akhlak, keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat.
Justeru bagi memastikan kedudukan umat Islam terjamin, kita mestilah mengatur segala urusan kehidupan berdasarkan prinsip telah digariskan syarak, di samping memperkasakan institusi Islam seperti masjid, surau, sebagai medan pengembangan kerohanian.
Pendidikan yang berkesan tidak akan terlaksana jika tidak dijayakan secara bersungguh-sungguh serta mendapat kerjasama semua pihak terutama institusi keluarga. Ibu bapa seharusnya peka dan prihatin terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya bersama.
Ibu bapa perlu menyediakan prasarana yang baik di rumah bagi memastikan anak-anak dapat belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan selesa dan sempurna. Peranan ibu bapa jika dilakukan dengan ikhlas dapat melahirkan generasi bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Apa yang paling penting ialah inisiatif kita untuk mengaplikasikan konsep hijrah dan segala usaha yang dibuat bagi pembangunan ummah sama ada dari segi jiwa, mental dan fizikal hendaklah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah SWT: “Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)
Sumber: Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra’d, ayat 11).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.