Sabtu, 20 Oktober 2012

Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan


Nabi s.a.w bersabda:
 
 "Tidak ada satu hari
 
 yang terbit mataharinya melainkan
 
 ada di kiri kanan matahari itu: 

dua Malaikat yang menyerukan seruan 
 
yang didengari oleh semua makhluk Allah 

selain dari manusia dan jin, katanya:
 
 "Wahai sekalian manusia! 

Marilah kamu semua berusaha 
 
 mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu,
 
 kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan
 
 yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup 

di dunia adalah lebih baik daripada 

pendapatan-pendapatan yang banyak 

serta melalaikan bekalan akhirat; 

dan tidak masuk matahari melainkan
 
 ada di kiri kanannya dua Malaikat
 
 yang menyerukannya seruan
 
 yang didengarinya oleh semua 

makhluk Allah selain dari 
 
manusia dan jin, katanya:
 
 "Ya Tuhan kami! 

Berikanlah ganti yang berganda-ganda
 
 kepada orang yang
 
 mencurahkan nikmat-nikmat yang 

dikurniakan kepadanya pada jalan
 
 yang diredhai Allah, dan timpakanlah
 
 kerugian yang besar ke atas orang 
 
yang menahan nikmat-nikmat Allah itu
 
 daripada mengeluarkannya pada jalan
 
 yang dituntut 
 
oleh Allah." 

Abu ad-Dardaa' r.a 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.