TAHUKAH anda,
ada suatu amalan yang boleh
mendatangkan kebaikan dan keburukan?
Rasulullah SAW bersabda:
" Sesuatu yang paling cepat
mendatangkan kebaikan adalah
balasan (pahala) orang yang
berbuat kebaikan dan
menghubungkan tali silaturahim,
sedangkan yang paling cepat
mendatangkan keburukan ialah
balasan (seksaan) bagi orang yang
berbuat jahat dan yang
memutuskan tali persaudaraan”
(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Dalam hadis lain, Baginda bersabda:
“Siapa yang ingin rezekinya
diperluas dan umurnya panjang
maka hendaknya ia bersilaturahim.”
(Hadis riwayat Bukhari).
Pembaca budiman,
sebelum kita hendak menghubungkan
silaturahim dengan orang lain iaitu
keluarga terdekat atau teman taulan,
tanya diri kita dulu sudahkah kita
bersilaturahim dengan diri kita sendiri?
Kalaulah kita boleh berlaku baik
dengan anggota badan, barulah kita
boleh dan lebih senang berinteraksi
dengan orang yang di luar kita.
Silaturahim dengan anggota badan
yang penulis maksudkan ialah
berbuat baik dengan muka, mata,
hidung, mulut, telinga, rambut,
tangan, dan kaki kita.
Mengapa seseorang tidak dapat
menghormati orang lain?
Jawapannya, kita sendiri
tidak menghormati anggota badan kita.
Dalam erti kata lain,
kalau kita tidak pandai bersilaturahim
dengan anggota kita, mana mungkin
kita boleh menyambung silaturahim
dengan orang lain.
Silaturahim ertinya
menjalin kasih sayang atau
memberikan perhatian sepenuh hati.
Salah satu buktinya adalah dengan
bersalaman di mana tangan kita
menyentuh tangan sahabat kita
(tentu saja yang mahram).
Maka, perhatikan diri anda,
Allah memberikan sehari lima kali
untuk kita bersilaturahim dengan wajah,
mata, hidung, mulut, tangan, kepala,
rambut, telinga dan kaki kita
dengan cara berwuduk.
Maka, jika kita ingin
panjang umur dan luas rezeki,
bersungguh-sungguh ketika berwuduk.
Contohnya, ketika sedang mencuci kaki,
perhatikanlah kaki kita,
fokus kepadanya, sapulah dan usaplah
dengan tenang dan sepenuh hati.
Jika begitu,
wajar hidup kita tidak bahagia,
kurang sihat, rezeki tidak lancar
dan kurang berkat.
Yang dekat tidak diberi perhatian,
apatah lagi yang jauh.
Layanilah
anggota badan kita tadi
dengan penuh santun dan
penuh penghormatan.
Kadang kala,
jika kita ditimpa penyakit seperti sakit perut,
sepatutnya kita minta maaf pada perut.
Letakkan tangan ke atas perut
sambil berkata,
“Wahai perut
aku minta maaf kerana aku makan
makanan yang tidak sihat
atau kerana makan terlalu banyak
yang membuatkan engkau sakit”.
Kepada yang terkena
penyakit kencing manis juga patut
minta maaf pada seluruh badan kerana
kita tidak menjaga makan, tidak bersenam
sehingga menyebabkan kaki terpaksa
kena potong atau menderita lama di hospital.
Begitulah dengan pelbagai
pelanggaran sikap dan tabiat kita
lakukan sehingga membuatkan anggota
badan kita menderita. Tunjukkanlah rasa
tanggungjawab pada anggota badan
kita sebagai amanah.
Insya-Allah,
ada kemungkinan kita berpotensi
untuk menghormati dan mengutamakan
orang di sekeliling kita.
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.