[26] " Katakanlah
(Wahai Muhammad):
Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan
dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan
sesiapa yang Engkau kehendaki
dan Engkaulah yang menghina
sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja
adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu. "
[27] " Engkaulah (wahai Tuhan)
yang memasukkan waktu malam
ke dalam waktu siang
dan Engkaulah yang memasukkan
waktu siang ke dalam waktu malam.
Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu
yang hidup dari benda yang mati
dan Engkaulah yang mengeluarkan
benda yang mati dari sesuatu yang hidup.
Engkau jualah yang memberi rezeki
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dengan tiada hitungan hisabnya. "
- Surah Al’Imran ayat 26, 27 -
Semoga hikmah Nya sentiasa mengiringi
setiap rentetan kehidupan...............
Alhamdulillah..........
Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :
"Kedua telinga saya
mendengar dan kedua mata saya melihat,
ketika Rasulullah s.a.w. berkata,
beliau bersabda
"Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian,
maka hendaklah dia memuliakan
tetamunya jamuan tambahannya."
Mereka bertanya :
"Apakah jamuan tambahan itu Ya Rasulullah"
Beliau menjawab :
"Sehari dan malamnya"
Menerima tamu itu
hanya tiga dan barang siapa
yang lebih dari itu, adalah sedekah.".
Beliau bersabda lagi :
"Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian ,
maka hendaklah
dia mengucapkan perkataan
yang baik atau diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.