"Dia lah yang menurunkan kepadamu
( Wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu
ialah ayat-ayat “Muhkamaat”
(yang tetap, tegas dan nyata maknanya
serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu
ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.
Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat”
(yang samar-samar, tidak terang maksudnya).
Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan
menurut kandungan hati masing-masing)
- adapun orang-orang yang ada dalam hatinya
kecenderungan ke arah kesesatan, maka
mereka selalu menurut apa yang samar-samar
dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan
mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya
menurut yang disukainya).
Padahal tidak ada
yang mengetahui Takwilnya
(tafsir maksudnya yang sebenar)
melainkan Allah.
Dan orang-orang yang
tetap teguh serta
mendalam pengetahuannya dalam
ilmu-ilmu agama, berkata:”
Kami beriman kepadanya,
semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami”
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran
dan peringatan melainkan
orang-orang yang berfikiran."
- ( Ali-Imran ayat 7 ) -
Sabda Nabi s.a.w :
العلم امام العمل والعمل تابعه
Maksudnya :
" Ilmu adalah
ketua bagi amalan
dan amalan itu
mengikut ilmu
yang diperolehinya."
'Kepada Allah S.W.T sebaik-baik penyerahan'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.