Khamis, 13 September 2012

Niat lakukan kebaikan dapat pahala




Niat lakukan kebaikan

dapat pahala

Daripada Abu al-Abas Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib,

daripada Rasulullah SAW dalam apa diriwayatkan

daripada tuhannya (hadis Qudsi) Allah SWT sabdanya:



" Sesungguhnya Allah

mencatatkan semua kebaikan dan

semua kejahatan kemudian

Allah menjelaskan,

sesiapa berniat hendak melakukan kebaikan

tetapi tidak dikerjakannya maka Allah

mencatatkan untuknya satu pahala

dan jika dia berniat hendak melakukan kebaikan

lalu dikerjakannya maka Allah

mencatatkan untuknya sepuluh (pahala)

hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih.

Sesiapa yang berniat hendak

melakukan sesuatu kejahatan,

tetapi tidak dikerjakannya

Allah mencatatkan untuknya satu pahala

dan jika dia berniat hendak melakukan

kejahatan kemudian dilakukannya

Allah mencatatkan untuknya satu dosa."


(Riwayat Bukhari dan Muslim)








HURAIAN:



Setiap kebaikan atau kejahatan

yang dilakukan oleh seseorang akan mendapat ganjaran

atau balasan (pahala atau dosa).





Sesuatu kebaikan dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda bermula daripada sepuluh kali ganda hingga 700 atau lebih. Tiap-tiap kejahatan yang dilakukan dicatatkan balasannya satu kejahatan saja.





Orang yang berniat hendak mengerjakan kebajikan, tetapi tidak dapat dilakukannya, dia akan mendapat balasan satu pahala kebaikan sebaliknya sesiapa berniat melakukan kejahatan, tetapi tidak dilakukannya kerana takutkan Allah, maka dia tidak akan mendapat apa-apa balasan dosa, malah diberi pahala.






Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
















Allah Maha Pemurah :]

1 ulasan:

  1. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

    Niat dihati sudah merangkul pahala dan amalan yg dilaksanakan dgn penuh keikhlasan akan menganugerahkan pahala yg melimpah.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.