Ahad, 30 September 2012

Berterima kasih kepada ibu bapa


Berterima kasih kepada ibu bapa

 

Bersama Ustaz Zahazan
 
 
 
Saya ingin menjadi anak yang salih tetapi kadang kala apabila saya bercakap, saya telah melukakan kedua-dua ibu bapa saya tanpa saya sedari. Begitu juga kesibukan saya bekerja juga kadang kala menjadikan saya terlupa untuk menghubungi kedua ibu bapa saya di kampung. Saya rasa bersalah dan menyesal. Minta nasihat daripada ustaz bagaimana saya boleh menjadi anak salih.

RIDZUAN,
Seremban.
 
 
 
Sememangnya berbuat baik terhadap 
ibu bapa itu adalah satu suruhan dalam agama.
 Allah SWT berfirman dalam 
Surah Luqman ayat 14 
(yang bermaksud): 
 
 
" Hendaklah kamu 

berterima kasih kepada-Ku dan
 
 (berterima kasih) pada 
 
 kedua ibu bapa kamu. "
 
 
 Cuba perhatikan ayat itu betapa Islam 
memberikan pedoman yang baik 
di dalam pergaulan hidup di atas dunia ini.
 Seperti yang kita maklum dan meyakini
 bahawa sesungguhnya nikmat Allah
 yang paling besar kepada kita ialah
 nikmat wujud atau nikmat adanya
 kita dengan kehidupan dunia ini. 
 
 
Sudah tentu kita meyakini bahawa
 yang mencipta dan mengadakan kita
 di dunia ini ialah Allah SWT yang Esa
 dan Maha Kuasa. Ibu bapa adalah 
yang menjadi sebab bagi kelahiran kita
 dan memang ibu bapalah yang paling dekat 
hubungan rahim kepada kita yang
 semestinya kita berterima kasih 
sesudah kita berterima kasih kepada Allah.


Sebenarnya berterima kasih kepada
 kedua-dua ibu bapa sukar untuk
 melaksanakannya dan susah untuk 
mencari apakah bentuk balasan terima kasih 
kita kepada keduanya. 
 
 
Sekiranya seorang anak 
mengeluarkan dan membelanjakan 
semua harta bendanya (yang ada padanya)
 dan segala hak miliknya, ditambah dengan
 segala usaha dan kerja untuk kebaikan
 ibu bapanya sebagai khidmat kepada keduanya
 nescaya belum mencukupi dan masih
 belum dapat juga ia menunaikan
 separuh kewajipannya. 
 
 
Nabi SAW bersabda dalam 
sebuah hadis riwayat al-Bukhari 
dan Muslim yang bermaksud: 
 

" Tidak dapat membalas seorang anak
 
 jasa bapanya melainkan kalau ia
 
 mendapati ayahnya menjadi 

hamba sahaya, lalu ia beli, 

kemudian ia memerdekakannya."
 
 

Sedia berkorban

 
 
Kalau kita mahu berfikir, merenungkannya
 dan kita kenang sejenak, sememangnya 
ayah dan ibulah yang telah bersusah payah.
 Ibu berjaga pada waktu malam untuk 
menyusukan anaknya, menjaganya daripada
 segala gangguan. Seekor nyamuk pun
 kalau boleh jangan ada yang dapat
 mengganggu bayinya. 
 
 
Sekiranya anaknya sakit, ibunyalah
 yang menjadi gelisah dan fikirannya tak menentu.
 Kalau boleh dipindahkan penyakit kepadanya,
 mahu saja ia memindahkan penyakit anaknya
 kepada dirinya. Ayah juga berusaha
 siang dan malam tidak mengenal penat
 dan lelah mencari perbelanjaan 
rumah tangga sehari-hari untuk makan, 
pakaian dan ubat-ubatan.
 
 
Apabila anak sudah berumur, 
dimasukkannya ke dalam sekolah
 bermula tadika, terus sekolah rendah,
 menengah, seterusnya universiti
 dengan mengeluarkan perbelanjaannya. 
Sehinggakan kepada mencari pasangan pun,
 kadang kala si ibu dan ayah sibuk dan 
mengeluarkan perbelanjaan perkahwinan anak-anak. 
 
 
Begitulah sebahagian kecil kesibukan, 
kesusahan yang dilaksanakan oleh 
ibu dan ayah dalam segala hal.
 Bagi kita yang mahu memikir dan
 merenungkannya tentu dapat menerima
 kenyataan tersebut. 
 
 
Selayaknya Tuhan menempatkan bahawa
 anisykur lii waliwaalidaik bahawa sesudah 
berterima kasih kepada Allah yang menciptakan
 kita ke dunia ini, hendaklah pula berterima kasih
 pada ibu bapa yang dengan sebab 
kedua-duanya kita lahir ke dunia ini. 
 
 
Wallahualam. 
 
 
 
Sumber



Anak diulit diasuh tanpa jenuh,
Nasihat ibu bapa bangga dijunjung,
Menatang umpama minyak yang penuh,
Ibubapa wajib dipuja disanjung.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDI3UUfeFr5JgS-WpgRdYLh6CeqKdNzMIAIsB1yz-E5gI162M8beoGSmW4Qc2b4KmLC_Jrtq0fbFnp-vLuUOKkGSGKQAXsYGEfL9BGnvBM8lIEvgh6hKl9T6b9oBCBj36Z2ijLGzWQ00xq/s1600/donthateappreciate.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.