Rabu, 1 Ogos 2012

Jaga adab berpuasa





Jaga adab berpuasa




HABIB Abdullah bin Alwi al-Haddad, dalam kitabnya Nashaihud Diniyyah wal Washaayal Imaniyyah berkata:




"Orang yang berpuasa


mempunyai adab-adab


yang puasanya tidak menjadi sempurna,


kecuali dengan adanya adab-adab itu.


Yang terpenting daripadanya ialah menjaga lidahnya


daripada dusta dan ghibah serta membicarakan sesuatu


yang tidak perlu baginya.


Ia menjaga kedua mata dan telinganya


daripada mendengarkan dan memandang sesuatu


yang tidak halal baginya serta sesuatu


yang dianggap berlebihan."




Seterusnya, ia menjaga pula dirinya daripada memakan makanan haram dan subahat, khususnya ketika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat berhati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan halal lagi tayyibah.




Ulama Salaf berkata:




"Apabila engkau berpuasa,


lihatlah makanan apa


yang engkau makan ketika berbuka


dan di tempat mana engkau berbuka.


Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati


mengenai makanan berbuka puasa."





Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya daripada perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.





Banyak orang yang berpuasa memayahkan dirinya dengan lapar dan dahaga. Namun membiarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya.






Nabi SAW bersabda bermaksud:





" Banyak orang yang berpuasa


tetapi puasanya hanya menghasilkan


lapar dan dahaga. "


(Riwayat Muslim).






Meninggalkan maksiat adalah wajib bagi orang yang berpuasa mahupun yang tidak berpuasa. Tetapi orang yang berpuasa lebih utama untuk berhati-hati dan lebih wajib.






Nabi SAW bersabda bermaksud:






" Puasa itu perisai.


Maka pada hari kamu berpuasa,


janganlah ia berkata-kata


dan jangan berbuat kefasikan


serta jangan menganggu orang lain.


Jika ada orang memakinya


atau memusuhinya, maka katakanlah,


sesungguhnya aku berpuasa.


(Riwayat Bukhari dan Muslim).






Termasuk adab orang berpuasa ialah tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaklah ia makan sekadarnya sehingga ia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan nafsunya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itu rahsia puasa dan tujuannya.






Hendaknya orang yang berpuasa menjauhi kesenangan hawa nafsunya serta kenikmatan melampau. Latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam menerangi hati dan secara khusus dituntut di bulan Ramadan.






Adapun orang -orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadan, hal itu merupakan tipu daya syaitan agar mereka tidak merasakan keberkatan puasa mereka.




Sumber



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbfb48sxnrfw-hYFXQun3zb1hBKowZChn_w9c-1KD39Blei4lkEQiXJr-hUKpuVQjjkHuUo7H46y_lP-KkFEQWU27Q54udr6j4jQYlXbD60GDO8e91fDTGQv6i6pMrn6xBIqazWzQ42V8/s1600/4647810736_74d3a8fae2.jpg







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.