Isi Ramadan
tadarus al-Quran
Masa berlalu begitu pantas. Kini kita telah selesai melalui 10 hari fasa pertama Ramadan. Seterusnya kita akan melalui dua fasa lagi yang berbaki. Ramadan datang sebagai hadiah istimewa daripada Allah SWT buat hambaNya yang menginginkan perubahan dalam hidupnya.
Sejujurnya sering kali kita berasa terkilan apabila bercakap mengenai penambahbaikan diri terutama dalam soal melaksanakan amal ibadah. Pencapaian kita sentiasa berada di takuk lama dan tidak berubah untuk hari-hari mendatang.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang hari ini
lebih baik dari hari semalam,
dia orang yang beruntung.
Sesiapa yang hari ini
sama saja dengan semalam,
dia orang yang rugi.
Sesiapa yang hari ini
lebih buruk dari semalam,
dia orang yang zalim.”
Setiap individu Muslim perlu bermuhasabah terutama terhadap perkara besar dalam hidupnya bagi mengenal pasti kelemahan dan membuat penambahbaikan untuk lebih berjaya pada masa depan.
Justeru, di saat Allah SWT menganugerahkan kehadiran Ramadan sekali lagi dalam hidup, kita perlu bermuhasabah prestasi sepanjang Ramadan sebelum ini. Dengan muhasabah juga, seseorang akan lebih bijak mengolah agenda harian untuk memastikan Ramadan kali ini lebih baik dari tahun lepas.
Perkara utama yang perlu dimuhasabah adalah sejauh mana kita konsisten melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan yang mulia ini. Umpamanya, sekerap mana kita membaca al-Quran kerana kelebihan membaca al-Quran pada Ramadan amat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
Sabda Nabi SAW, daripada Aishah katanya:
“Aku tidak pernah mengetahui
bahawa Rasulullah SAW
membaca al-Quran semuanya
pada satu malam dan berqiam semalaman
sampai ke waktu pagi
dan berpuasa sebulan genap
selain pada Ramadan.”
(Riwayat Nasaie’)
Sebagai umat Baginda, marilah kita memperbanyakkan membaca al-Quran sepanjang Ramadan dan sebaik-baik masa membaca al-Quran ialah pada waktu malam. Kita juga digalakkan banyak membaca al-Quran dan khatam dalam masa sesingkat mungkin.
Kita yang mempunyai iman tahap orang awam perlu merancang supaya sepanjang Ramadan dapat khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali. Maka beruntunglah bagi individu membaca dan beramal dengan al-Quran kerana mereka akan memperoleh syafaat.
Daripada Abdullah bin Amru bin ‘As, Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa dan al-Quran
menjadi syafaat kepada seseorang hamba
pada hari kiamat.
Berkata puasa:
Wahai Tuhanku!
Aku menahannya tidu
r pada waktu malam maka (izinkanlah) aku
memberi syafaat kepadanya
dan berkata al-Quran:
Wahai Tuhanku!
Aku menahannya tidur pada waktu malam,
(izinkanlah) memberi syafaat kepadanya.
Sabda Rasulullah SAW:
Lalu keduanya itu diberi izin Allah
supaya memberi syafaat kepadanya.”
(Riwayat Ahmad)
Seterusnya satu amalan yang sering dilakukan Baginda Rasulullah SAW ialah membaca al-Quran secara bertadarus. Baginda SAW membaca al-Quran secara bertadarus dengan Jibril.
Daripada Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah SAW adalah
seorang yang sangat pemurah.
Baginda sangat pemurah khususnya
dalam Ramadan ketika Jibril menemuinya.
Jibril menemuinya
pada setiap malam bulan Ramadan
lalu bertadarus al-Quran dengan Baginda.”
(Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Hurairah, katanya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang berharap
untuk menemui Allah SWT,
maka hendaklah memuliakan ahli Allah.
Maka disoal lagi:
Wahai Rasulullah,
adakah Allah mempunyai ahli?
Jawab Rasulullah SAW:
Ya.
Soal lagi:
Siapa mereka itu?
Jawab Rasulullah SAW:
Ahli Allah di dunia ialah
mereka yang selalu tadarus
dan membaca al-Quran,
adakah tidak ada orang
yang menerima kemuliaan itu
dimuliakan oleh Allah
dan dimasukkan ke syurga,
sebaliknya mereka yang dihina,
maka sesungguhnya Allah
akan menghina lalu dimasukkan ke neraka.
Wahai Abu Hurairah,
tiadalah di sisi Allah
seorang yang dimuliakan
daripada orang yang bertadarus
dan membaca al-Quran,
tidak ada seorang itu
membawa dan membaca di sisi Allah
dimuliakan daripada salah seorang kamu
kecuali para Nabi.”
Marilah kita mengisi masa sepanjang Ramadan mulia ini dengan amalan bermanfaat terutama membaca dan bertadarus al-Quran. Janganlah kita hanya berpuasa dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga saja tanpa pengisian bermanfaat.
Abdullah bin Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang yang tidak ada
sebahagian pun al-Quran dalam hatinya
adalah seumpama rumah
yang ditinggalkan (rumah kosong).”
Penulis Pensyarah
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.