Sesungguhnya air membawa
banyak manfaat kepada kehidupan manusia.
Lihatlah dan renungkan sifat air,
mengalir dari tempat tinggi tanpa henti,
menyusuri puluhan, ratusan malahan ribuan kilometer
merentasi dan mengharungi apa saja hanya
untuk satu tujuan ke muara.
Jika mahu memahami…
“Air adalah guru kehidupan”.
Titisan demi titisan air yang menerjah kepermukaan batu
yang keras mampu memecahkan batu yang keras.
Imam al Hafiz Ibn Hajar al Asqalany…
mendapat kembali kekuatan dan semangat
apabila merenungi dan menghayati keperkasaan titisan air
yang mampu memecahkan batu yang besar dan keras.
Beliau melihat betapa perlunya
seseorang hamba ALLAH SWT itu
untuk beristiqamah dan konsisten dalam mencari ilmu
dan membina kejayaan.
Mencari ilmu
untuk membina kejayaan duniawi dan ukhrawi
memang terlalu sukar dan terpaksa
melalui ranjau yang amat sukar.
Dari sifat istiqamah dan konsisten
dalam mencari ilmu dan membina kejayaan ini
maka terhasilnya karya karya agong dan amat berharga
dari usaha dan kerja keras
Imam al Hafiz ibn Hajar seperti Bulugh al Maraam,
al Hisabah, Lisan al Mizan.
Malahan bukunya yang bernama Fath al Bary
(kitab yang mengupas buku sohih al Bukhary )
menjadi rujukan para pengkaji hadis.
Air mampu mengajar Ibn Hajar
untuk menjadi seorang yang konsisten dan sentiasa
beristiqamah dalam mencipta kejayaan.
Bagaimana dengan kita?
Hidup perlu terus konsisten, jangan sesekali menyerah kalah
dalam memperjuangkan cita-cita.
Allah SWT pasti akan sentiasa membantu kita
untuk meluruskan jalan dan Istiqamah
untuk meraih kejayaan.
Ketahuilah, kejayaan hanya akan dicapai
oleh mereka yang sentiasa konsisten dan beristiqamah
iaitu mereka yang sentiasa tetap dan
tidak berubah-ubah pendiriannya untuk
mencipta sesuatu kejayaan itu.
Sumber: http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/2637-design-nilai-sebuah-kejayaan.html
Assalamu'alaikum Cikgu Roha
BalasPadamDiucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga segala amalan sepanjang bulan mulia ini diberkati dan diredhai Allah.
Waalaikummussalam wbt Cikgu.
BalasPadamTerima kasih Cikgu. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt.