Jumaat, 20 Julai 2012

Ahlan Wa sahlan bina...fi rihab Ramadhan Al-Karim...



Niat Puasa Ramadhan



Lafaz niat untuk sebulan puasa


niatsebulanpuasa


" Sahaja aku berpuasa

keseluruhan bulan Ramadhan

kerana Allah Ta”ala



Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa



" Sahaja aku berpuasa esok hari

menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini

kerana Allah Ta’ala."




Ramadan Kareem orkut scraps, images, greetings cards




MUTIARA HADIS RAMADHAN

Telah berkata kepada kami (Imam Muslim),

Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibn Hajar,

bahawasanya, telah berkata Ismail (Ibn Ja'far)

daripada Abi Sahl daripada ayah beliau, daripada

Abu Hurairah r.a., bahawasanya,



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


"Jika datang (bulan) Ramadhan,

maka akan terbuka pintu syurga,

tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan

akan dibelenggu/dirantai"

(Hadis riwayat Muslim)


Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :


  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.


  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.


  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan.


  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.


  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia.


  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.