Ujian-ujian ALLAH SWT
Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan.
Kita inginkan kejayaan,
ALLAH SWT berikan kegagalan.
Kita inginkan pertemuan,
ALLAH SWT takdirkan perpisahan.
Manis yang kita impikan,
pahit yang menjadi kenyataan.
Mengapa?
Jawabnya, itu adalah yang terbaik buat kita.
Ujian ALLAH SWT
umpama " rotan bonda ' kepada anaknya.
Mengapa kita belum dewasa
menghadapi ujian ALLAH SWT?
Katakan pada hati :
" Ya ALLAH,
aku layak diuji.
Aku hanya hamba Mu.
Di sebalik ujian ini, aku yakin ada
kebaikannya. Cuma kerana kelemahan
dan kejahilanku, aku belum
nampak Wahai Tuhan.
Namun.....
aku tetap yakin di sebalik semua ini
tetap ada kasih sayang Mu."
Ilmu kita yang terbatas tidak akan
dapat menjangkau ilmu ALLAH Yang Maha Luas.
Kita hanya nampak yang dekat,
ALLAH SWT nampak
yang dekat dan yang jauh.
Alangkah indahnya apabila kita
sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH SWT
dan bersabar dengan segala ujian Nya.
Pahit tidak cepat diluah.
Pedih tidak cepat disanggah.
Sumber : Gen-Q , Manual Remaja Bertaqwa
Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan.
Kita inginkan kejayaan,
ALLAH SWT berikan kegagalan.
Kita inginkan pertemuan,
ALLAH SWT takdirkan perpisahan.
Manis yang kita impikan,
pahit yang menjadi kenyataan.
Mengapa?
Jawabnya, itu adalah yang terbaik buat kita.
Ujian ALLAH SWT
umpama " rotan bonda ' kepada anaknya.
Mengapa kita belum dewasa
menghadapi ujian ALLAH SWT?
Katakan pada hati :
" Ya ALLAH,
aku layak diuji.
Aku hanya hamba Mu.
Di sebalik ujian ini, aku yakin ada
kebaikannya. Cuma kerana kelemahan
dan kejahilanku, aku belum
nampak Wahai Tuhan.
Namun.....
aku tetap yakin di sebalik semua ini
tetap ada kasih sayang Mu."
Ilmu kita yang terbatas tidak akan
dapat menjangkau ilmu ALLAH Yang Maha Luas.
Kita hanya nampak yang dekat,
ALLAH SWT nampak
yang dekat dan yang jauh.
Alangkah indahnya apabila kita
sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH SWT
dan bersabar dengan segala ujian Nya.
Pahit tidak cepat diluah.
Pedih tidak cepat disanggah.
Sumber : Gen-Q , Manual Remaja Bertaqwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.