Rabu, 11 Julai 2012

Malu Dan Iman



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Malu dan iman itu adalah



teman seiring sejalan,



jika yang satu diangkat



nescaya terangkatlah pula



yang satu lagi.”




(Hadis riwayat Muslim)






“ Malu dan Iman saling berpasangan.

Bila salah satunya hilang,

maka yang lain turut hilang”



(Hadis riwayat Hakim dalam
kitab Al-Mustadrak jilid I halaman 22)







Dari Abu Hurairah r. a
Sabda Rasulullah yang membawa maksud:





“ Iman itu ada 70 bahagian.

Bahagian yang paling tinggi adalah

kalimat laa ilaahaillallah, dan

yang paling rendah adalah menyingkirkan duri dijalan.

Dan malu adalah sebahagiaan dari iman. ”








Diantara keutamaan malu ialah:




- Malu merupakan kunci segala kebaikan.


- Malu merupakan fitrah manusia yang istimewa.


- Malu adalah iman.


- Malu ialah perhiasan paling cantik.


- Malu merupakan sebahagian sifat ALLAH Azza Wa Jalla.


- Malu adalah suatu watak yang disukai Allah s.w.t.


- Malu merupakan ajaran para nabi.


- Malu merupakan akhlak para nabi a.s dan Nabi Muhammad s.a.w.


- Malu adalah akhlak yang islami.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.