
Ada gastrik boleh puasa
GASTRIK selalu digunakan sebagai alasan utama untuk meninggalkan puasa. Namun, tahukah anda gastrik sebenarnya bukan penyakit tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran hulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.
Perut  kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di   bahagian atas  di kiri abdomen, di bawah rusuk. Panjang perut orang   dewasa lebih  kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang bagi   menampung  satu gelen makanan dan minuman.
Sewaktu  perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama   sendiri  seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan   mengembang  serta dalam perut jugalah makanan diproses selain disimpan   sebelum  dibuang melalui usus.
Pakar Perunding Surgeri Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Peh Kiam Heng, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu. Ia berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.
“Jika radang ini dibiarkan tanpa rawatan, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Sesetengah ubat, jika diambil dalam tempoh lama, juga boleh menyebabkan radang perut, khususnya ubat tahan sakit atau antiperadangan bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin, ibuprofen dan naprofen.
“Bagaimanapun,  kesan ubat ini berbeza antara individu kerana bagi  yang  sensitif,  satu pil boleh menyebabkan sakit perut, malah  kemujarabannya  terjejas  seandainya mengambil alkohol berlebihan atau  mengambil dadah  (kokain)  yang mengganggu proses penghasilan mukus  bikarbonat,  menyebabkan  dinding perut terdedah pada tindakan asid  hidroklorik,’  katanya.
Berikut beberapa langkah untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik.
Gejala gastrik
Kesimpulan
Gastrik tidak bermakna tidak boleh berpuasa. Malah, berpuasa (atau mengosongkan perut) adalah baik untuk kesihatan. Pesakit gastrik dinasihatkan mengambil ubat setiap hari, sama ada selepas berbuka atau sewaktu bersahur.
Justeru, dengan pengambilan ubat, pesakit boleh menjalankan ibadat puasa tanpa masalah. Namun jika terlupa mengambil ubat, ibadat puasa masih boleh diteruskan dan ia tidak mendatangkan kemudaratan.
Pesakit juga tidak sepatutnya menderita disebabkan gastrik kerana ia mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sewajarnya.
who celebrate a fruitful, peaceful
and meaningful Ramadan.
Happy fasting!
ALLAH SWT is really really kind..:)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.