Ghibah (menyebut keburukan orang lain
walaupun benar/mengumpat) amat buruk,
apalagi Buhtan (memfitnah dan mengada-adakan
keburukan seseorang). Orang yang
mendengar ucapan ghibah juga turut
memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam
ghibah itu sendiri.
Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah,
atau menerima dengan hatinya.
Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya
mengalihkan ghibah tersebut
dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Seseorang hamba
yang membicarakan sesuatu
yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya),
akan dilempar ke neraka
sejauh antara timur dan barat."
(Riwayat Muslim)
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah,
tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran,
celaan, tulisan atau segala sesuatu
yang difahami sebagai hinaan.
Mendengar orang yang sedang ghibah
dengan sikap kagum dan menyetujui apa
yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah.
Pahala amal kebaikan orang yang
melakukan ghibah akan berikan kepada orang
yang menjadi sasaran ghibahnya.
Islam mengharamkan dan melarang ghibah
kerana boleh mengakibatkan putus ukhwah,
rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib,
lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.
..........................................MasyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.