Sabtu, 21 April 2012

Solat peneguh amali, sederhana perkasa naluri




Daya tahan diri

perisai hadapi dugaan kesenangan


Oleh Sharifah Hayaati



Solat peneguh amali, sederhana perkasa naluri





TIADA manusia yang tidak inginkan kesenangan
dalam hidupnya malah, kedatangan Islam membawa rahmat
yang antaranya adalah kesenangan supaya manusia
dapat memenuhi keperluan hidup, membantu sesama manusia,
beribadat dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan.





Namun, dalam mencari kesenangan,
kita juga perlu memperkuatkan diri dengan daya
.
Jika sebelum ini kita membincangkan cara ketahanan diri
menghadapi dugaan, kali ini
saya ingin ketengahkan bagaimana usaha
memperkasakan diri apabila berada dalam
kesenangan dan peluang mencapai kesenangan.








Allah SWT memerintahkan dalam firman yang bermaksud:





“Sesungguhnya

Allah menyuruh (kamu) berlaku adil

dan berbuat kebajikan,

memberi kepada kaum kerabat

dan Allah melarang daripada perbuatan keji,

kemungkaran dan permusuhan.

Dia memberi pengajaran kepadamu

agar kamu mengambil peringatan.”


– (Surah al-Nahl, ayat 90)











Diingatkan, kesenangan juga adalah
dugaan untuk melihat sejauh mana kita mensyukurinya.
Malah dugaan kesenangan itu lebih berat
daripada dugaan kesengsaraan kerana
semasa dalam kesenangan kita lebih mudah alpa,
leka, lalai dan lupa diri.










Begitu juga kerana ingin mendapatkan kesenangan,
kita sering kalah dengan tarikannya yang menyalahi syarak
seperti sogokan dalam pelbagai bentuk ganjaran
dan habuan kesenangan serta penipuan.










Penjawat awam, dikawal dan dipandu
pelbagai sistem pengawasan serta pencegahan
seperti Akta Pencegahan Rasuah,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
dan Panduan Tatakelakuan Penjawat Awam.









Namun, semua sistem ini hanya
sebagai sokongan luaran saja.
Apa yang lebih utama ialah
sistem daya tahan dalaman diri seseorang
membina kekuatan untuk tidak memberikan
walaupun pertimbangan kepada tarikan itu.









Ketahanan diri penting apabila kita
sudah berada dalam kesenangan untuk menahan
daripada menyalahgunakan harta kesenangan
dengan bersifat boros, tamak, monopoli dan lokek.










Kesenangan menyebabkan kita leka,
lupa diri, malas, sombong dan lalai
melaksanakan tanggungjawab
sesama manusia dan kepada Allah
serta menyalahgunakan
kuasa untuk kepentingan peribadi.









Semua adalah kesan
daripada kelemahan daya tahan diri.
Justeru, ketika berada dalam
kesenangan dan berhadapan
peluang kesenangan,
daya tahan diri mampu menjadi
perisainya untuk mengelak manusia
hilang nilai insani
dan mengelak kesenangan itu
nilainya bersifat zahiriah saja.









Hakikatnya, kesenangan dan peluang
mendapat kesenangan boleh menjadi musuh
di hari akhirat sekali gus menyebabkan
sumber rezeki tidak diberkati.








Peringatan Rasulullah SAW
dalam sabda yang bermaksud:







“Sesungguhnya

kelak pada hari kiamat,

ada yang datang dengan tubuh perkasa

tetapi nilai dirinya di sisi Allah

lebih kecil dari seekor nyamuk.”


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)









Sebenarnya kita tidaklah dianggap berkuasa
kerana jawatan, dianggap kaya kerana harta
yang melimpah ruah dan dianggap perkasa
hanya kerana fizikal yang kuat.
Hakikat kaya, kuasa dan kuat ialah
apabila kita berjaya menahan semua
daripada disalah guna.









Allah SWT memerintahkan
dalam firman yang bermaksud:





“Sesungguhnya

Allah menyuruh (kamu)

berlaku adil dan berbuat kebajikan,

memberi kepada kaum kerabat dan Allah

melarang daripada perbuatan keji,

kemungkaran dan permusuhan.

Dia memberi pengajaran kepadamu

agar kamu mengambil peringatan.”


– (Surah al-Nahl, ayat 90)









Ketahanan diri
boleh diperkasa melalui pelbagai cara
antaranya solat dan bersederhana.
Solat menjadi perisai daripada pelbagai kemungkaran
dan kesederhanaan sebagai perisai mengawal naluri
keinginan kesenangan yang berlebih-lebihan.









Allah SWT berfirman yang bermaksud:






“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu

sampai kamu masuk ke dalam kubur.

Janganlah begitu kelak kamu akan

mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

dan janganlah begitu (kelak kamu akan mengetahui).

Janganlah begitu,

jika kamu mengetahui dengan yakin,

nescaya kamu akan melihat neraka jahim.

Dan sesungguhnya kamu akan

benar-benar melihat dengan ainul yaqin,

kemudian kamu akan pasti ditanya pada hari itu

kenikmatan (yang kamu negah-megahkan di dunia).”


(Surah al-Takatsur, ayat 1-8)









Bagi penjawat awam khasnya
marilah kita memperkasakan solat
sebagai peneguh amali
dan menjadikan sederhana
peneguh naluri dalam memperoleh
kesenangan yang halal lagi diberkati.










Implikasinya disebut dalam sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:







“Barang siapa

mencari dunia dengan cara yang halal

untuk menjauhkan dirinya daripada mengemis,

menjaga harga diri keluarga dan berbelas

kasihan sesama tetangga, nescaya ia

akan bertemu Allah dan wajahnya bersinar

seperti bulan purnama.”


(Hadis riwayat al-Baihaqi)







Marilah bersama kita berusaha
mencari dan memelihara nikmat kesenangan
dengan memperkasakan ketahanan dalaman
supaya ia tidak menghilangkan kebaikan di akhirat nanti.








Maksud doa Rasulullah yang sangat indah:





“Ya Allah

jauhilah daku dari dunia

yang menghalang kebaikan akhirat.”






Mudah-mudahan doa ini
boleh kita jadikan ingatan dan munajat
setiap hari dalam membina daya tahan
mencari kesenangan dunia.








Penulis ialah

pensyarah di Jabatan Siasah Syariyyah,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya (UM)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.