Kehebatan al-Quran
sahabat Rasulullah SAW untuk meminta nasihat. Katanya:
"Wahai Ibnu Mas'ud! Berilah kepadaku nasihat yang dapat
aku jadikan penawar jiwaku yang sedang resah gelisah ini.
Dalam beberapa hari ini, aku tidak merasai ketenangan, jiwaku tidak tenteram dan fikiranku gundah gulana. Makanku pun tak lalu dan tidur pun tak lena."
Lantas Ibnu Mas’ud pun menasihatinya:
“Kalau itu penyakit yang sedang menimpamu,
maka bawalah dirimu mengunjungi tiga tempat ini.
Pertama, datanglah ke tempat orang yang sedang membaca al-Quran.
Di sana kamu akan ikut sama membaca al-Quran
atau cukuplah sekadar kamu mendengar
bacaan al-Quran dengan khusyuk.
“Kedua, pergilah kamu ke tempat majlis ilmu yang akan
mengingatkan hatimu kepada Allah Yang Maha Agung.
Ketiga, carilah tempat yang sunyi di malam yang sepi.
Di sana kamu hendaklah menyendiri bersama Allah SWT
pada waktu malam yang gelap gelita untuk kamu
mendirikan solat tahajud, lalu kamu mohonlah kepada Allah
ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kesucian hati.”
" Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dalam al-Quran
ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat
bagi orang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran
tidak menambahkan orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."
- Surah al-Israk, ayat 82
Setelah orang itu kembali ke rumahnya,ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat
bagi orang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran
tidak menambahkan orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."
- Surah al-Israk, ayat 82
nasihat sahabat Rasulullah SAW itu terus diamalkannya.
Dia mengambil wuduk dengan sempurna,
lalu mengambil al-Quran. Dia terus membacanya
dengan penuh tertib dan khusyuk.
Selesai membaca al-Quran, berubahlah jiwanya
menjadi lebih tenang, fikirannya pun lebih tenteram
dan kegelisahan jiwanya pun hilang berkat bacaan al-Quran.
Begitulah al-Quran sebagai ubat penawar
seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan
Kami turunkan dengan beransur-ansur
dalam al-Quran ayat Suci
yang menjadi ubat penawar dan rahmat
bagi orang beriman kepadanya;
dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan
orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua. "
(Surah al-Israk, ayat 82)
Demikianlah kedudukan dan kelebihan al-Quran
di sisi Allah SWT yang padat dengan wahyu Ilahi
seumpama sinaran cahaya menerangi kehidupan manusia
sejagat ke arah kesejahteraan hidup
dunia dan kebahagiaan akhirat.
Sesiapa berpegang teguh dengan ajaran
terkandung di dalamnya, maka dia akan berbahagia,
sebaliknya sesiapa yang menolak atau meninggalkan
ajaran al-Quran, dia termasuk dalam kalangan manusia tersesat.
Dalam hal ini, Ibnu Taimiyyah
pernah menegaskan sesiapa tidak membaca al-Quran
bermakna dia meninggalkannya (menjauhkannya).
Begitu juga sesiapa yang membaca al-Quran
tetapi tidak pula memahami maknanya,
dia juga meninggalkan al-Quran dan
sesiapa yang membaca al-Quran
dan memahami maknanya tetapi tidak
mengamalkannya pula,
dia tetap juga meninggalkan al-Quran.
Membicarakan kelebihan al-Quran,
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah ibadah,
membaca al-Quran secara bergilir-gilir dan saling
mengajarkan antara sesama mereka, akan turunlah
kepada mereka ketenangan dan ketenteraman,
dilimpahi juga kepada mereka rahmat Ilahi
yang tidak terhitung, dipelihara oleh
Malaikat dan Allah SWT akan sentiasa
mengingati mereka.”
(Hadis riwayat Muslim)
Justeru, Rasulullah SAW menganjurkan
setiap penghuni rumah Muslim menghiasi rumah
dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran.
Rumah yang tidak dibaca di dalamnya ayat al-Quran,
akan banyak berlaku keburukan perilaku,
kegersangan jiwa dan juga kesempitan pandangan hidup.
Setiap Muslim dianjurkan sentiasa membaca
al-Quran selaras dengan sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu ialah
orang yang mempelajari al-Quran
(membaca dan memahami maknanya)
dan mengajarkannya.”
(Riwayat Bukhari)
Kesimpulannya, setiap Muslim wajib
bermuhasabah dan menilai diri
apakah kita sudah benar-benar melaksanakan kewajipan kita
terhadap al-Quran, iaitu bermula dengan keimanan
yang tulus terhadap kebenaran al-Quran,
kemudian membaca al-Quran dengan elok berserta adabnya,
memahami dan menghayati isi kandungannya
dengan kefahaman yang syumul dan seterusnya
menterjemahkan isi kandungan al-Quran
dalam ruang lingkup kehidupan yang serba mencabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.