Banyak ketawa
boleh menyebabkan manusia
lupa diri
SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan.
Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang
memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.
Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan,
manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi
keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan
rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa.
Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin,
syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya
oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW
ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang
selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik
yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama baginda di medan peperangan.
Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan
pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan
kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.
Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud:
“Oleh itu
bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini)
dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak),
sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.”
(Surah at-Taubah, ayat 82).
Jelas daripada mafhum ayat ini,
Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik
selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.
Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa ialah
sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam
tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku
dalam keadaan melampau.
Lantaran itu, Islam menyediakan pilihan
yang boleh diamalkan bagi mengelak kita
daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan
apabila hati dan perasaan bertindak balas
dengan apa yang dialami.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Dan
janganlah kamu banyak ketawa
kerana
banyak ketawa itu mematikan hati.”
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri
untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara
menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan.
Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada
beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata,
seseorang yang banyak ketawa nescaya
akan kurang rasa takutnya kepada Allah.
Apabila rasa takutnya berkurangan,
maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.
Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan
seperti terbahak-bahak sehingga mengganggu orang lain,
maka ia lebih mengundang perkara negatif.
Orang banyak ketawa lebih suka
membiarkan masa berlalu tanpa diisi
dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga
boleh melupakan manusia daripada mengingati mati
dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Apabila lupa kepada mati,
manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi
kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan,
keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih
hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri ialah
jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka
dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.
Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka
dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya
menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.
Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah
melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah
di atas landasan syariat yang sederhana.
Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu
yang semula jadi tercipta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.