Dalil dan syarat membolehkan
wanita beribadah di masjid
KETAHUILAH bahawa lelaki dan wanita sama saja haknya
dalam mencari rahmat cuma dalam beberapa
keadaan terdapat perbezaan. Bab solat berjemaah contohnya,
ada salah anggap terhadap keperluannya kepada lelaki dan wanita.
Tidakkah mereka mengetahui bahawa sejak dibuka
Masjid Nabawi selepas hijrah sehingga Nabi SAW wafat,
golongan wanita sudah solat di sana dan dikhaskan pintu
untuk mereka yang tidak pernah ditutup sama sekali.
dalam mencari rahmat cuma dalam beberapa
keadaan terdapat perbezaan. Bab solat berjemaah contohnya,
ada salah anggap terhadap keperluannya kepada lelaki dan wanita.
Tidakkah mereka mengetahui bahawa sejak dibuka
Masjid Nabawi selepas hijrah sehingga Nabi SAW wafat,
golongan wanita sudah solat di sana dan dikhaskan pintu
untuk mereka yang tidak pernah ditutup sama sekali.
Anehnya apabila pada zaman ini masih ada tanggapan
melarang wanita ke masjid, tetapi tidak pula
dilarang pergi ke pasar, berjalan atau bermusafir,
malah keluar bekerja.
melarang wanita ke masjid, tetapi tidak pula
dilarang pergi ke pasar, berjalan atau bermusafir,
malah keluar bekerja.
Sesungguhnya banyak dalil membolehkan
wanita keluar ke masjid untuk solat, menuntut ilmu
serta menyaksikan kebaikan antaranya daripada
Ibnu katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila wanita kamu meminta izin kepadamu
untuk pergi ke masjid maka berilah izin kepada mereka.”
Daripada Mujahid dari Ibnu Umar katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Berilah izin bagi wanita untuk pergi
ke masjid di waktu malam.
Lalu anaknya yang bernama Waqid berkata:
Jika demikian mereka akan menimbulkan kerosakan,
godaan dan keraguan.
Katanya:
Lalu dia menepuk dadanya dan berkata:
Aku beritahu engkau dari Rasulullah SAW
sedangkan engkau mengatakan tidak.”
Syarat keluar ke masjid bagi wanita antaranya dengan tidak memakai wangian.
Seorang wanita melalui Abu Hurairah
dengan bau semerbak, lalu dia bertanya kepadanya:
Ke mana engkau hendak pergi wanita hamba Allah?
Jawabnya: Ke masjid.
Abu Hurairah berkata: Dengan memakai wangian?
Jawabnya: Ya. Abu Hurairah berkata:
Kembalilah lalu mandi, maka sesungguhnya
aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Allah tidak akan menerima solat dari seorang wanita
yang keluar ke masjid, dan minyak wanginya semerbak harum
sehingga kembali lalu mandi.”
Minyak wangi ada dua jenis,
satu yang membunuh bakteria dan menghilangkan bau busuk
dan ini tidak mengapa, sementara satu jenis lagi baunya menusuk hidung,
menarik perhatian dan merangsang perasaan, ia tidak dibolehkan.”
Keluar dengan tidak bertabarruj (berhias-hias) kerana pergi ke rumah Allah
bukan pergi ke pameran pakaian. Sesungguhnya ia
adalah langkah mencari keredaan Allah dan mengharapkan akhirat,
serta mengekang syaitan selain meningkatkan ketakwaan.
Maka wajib atasnya menutup tubuhnya serta tidak
menampakkan sesuatu daripadanya selain muka dan tapak tangannya.
Hendaklah meminta izin suami sebelum keluar kerana jika tidak
diizinkan maka dia tidak boleh keluar, dan suami
tidak boleh melarangnya, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
“Apabila isteri salah seorang daripada kami
meminta izin untuk pergi ke masjid,
maka janganlah menengahnya.”
Tidak bercampur dengan kaum lelaki ketika pergi dan balik dari masjid.
Abu Usaid Malik bin Rabi’ah bahawa dia mendengar Rasulullah SAW
bersabda ketika keluar dari masjid, dan kaum lelaki bercampur aduk
dengan wanita di jalan:
“Ketepilah kamu semua,
maka kamu semua tidak boleh berjalan di tengah jalan,
berjalanlah kamu di tepi jalan”,
Maka wanita berjalan di tepi dinding sehingga
pakaiannya melekat di dinding.
Hendaklah memasuki pintu yang dikhaskan bagi wanita.
Nabi SAW mengkhaskan satu pintu bagi kaum wanita,
mereka masuk dan keluar daripadanya,
tidak dicampuri dengan kaum lelaki.
Daripada Nafi dari Ibnu Umar bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Alangkah baiknya
jika kita khaskan pintu ini
bagi wanita.
Nafi berkata:
Maka Ibnu Umar tidak memasuki pintu itu sehingga meninggal.”
Hendaklah menjauh dari saf lelaki sekadar kemampuannya.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik saf lelaki ialah yang pertama
dan seburuk-buruknya ialah yang terakhir,
dan sebaik-baik saf wanita yang terakhir
dan seburuk-buruknya ialah yang pertama.”
Al-Imam An-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini berkata:
“Namun diutamakan saf akhir wanita
yang menghadiri solat bersama dengan kaum lelaki
kerana jauhnya mereka bercampur dengan lelaki
dan melihat mereka, dan kaitan hati
ketika melihat pergerakan mereka dan mendengar perkataannya
dan seumpamanya, dan dicela saf mereka
yang pertama kerana kebaikan yang demikian.”
Petikan buku 101 Nasihat Rasulullah SAW
Untuk Menjadi Muslimah Paling Bahagia
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.