Hari Jumaat juga
dikenali ‘Yaumul Mazid’
Diriwayatkan dalam satu hadis:-
Anas bin Malik r.a. berkata:
Jibril datang kepada Nabi s.a.w
membawa cermin putih
yang ditengahnya ada titik hitam,
maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril:
Apakah cermin yang putih ini?
Jawabnya:
Ini hari Jumaat dan titik hitam ini
saat mustajab yang ada di hari Jumaat,
telah dikurniakan untukmu dan umatmu,
sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu,
iaitu Yahudi dan nashara (Kristian)
dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin
bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu
pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung
kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya
dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat)
dinamakan yaumul mazid (hari tambahan).
Nabi s.a.w. bertanya: APAKAH YAUMUL MAZID itu?
Jawab Jibril:
Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus,
di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat
di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya)
yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar
dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada
di duduki para siddikin suhada’ dan salihin,
sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga)
berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu
berkumpul menghadap kepada Tuhan
untuk memuja muji kepada Allah,
minta (Kami mohon keredaanMu).
Jawab Allah:
Aku telah reda kepadamu,
keredaan sehingga kamu Aku tempatkan
di rumahKu dan Aku muliakan kamu,
Kemudian Allah menampakkan kepada mereka,
sehingga mereka dapat melihat zatNya,
maka
TIDAK ADA HARI YANG MEREKA SUKA
SEBAGAIMANA HARI JUMAAT,
kerana
mereka merasa bertambahnya
kemuliaan kehormatan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.