Sabtu, 3 Disember 2011

Taat



Taat


Hadith :



Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhr r.a katanya:

”Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

”Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya

maka hendaklah kamu menjauhinya

dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya

maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya

apa yang kamu mampu.

Sesungguhnya telah binasa orang-orang

yang sebelum kamu oleh sebab

banyaknya pertanyaan mereka dan

perselisihan mereka terhadap

nabi-nabi mereka.”


(Bukhari & Muslim)




Huraian



1. Segala apa yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W

adalah semua perkara yang haram

dari segala macam bentuk maksiat dan kejahatan

sama ada berhubung dengan diri,

masyarakat dan lain-lainnya.

Ada yang berkait dengan harta benda

seperti larangan mencuri, merompak,

meragut atau membazirkan wang di mana

setiap larangan itu ada

hikmah dan faedahnya.




2. Manakala segala bentuk suruhan pula

hendaklah dikerjakan menurut kadar

yang dapat dilakukan sesuai dengan kekuatan

atau kemampuan yang ada.


Sesiapa pun tidak harus meninggalkan

atau mencuaikannya tetapi mestilah

dilaksanakan secara bersungguh-sungguh

dengan penuh ketaatan.




3. Punca kebinasaan umat-umat sebelum ini

adalah disebabkan

perselisihan terhadap nabi-nabi mereka.

Mereka suka membantah dan menentang

apa-apa yang disampaikan serta banyak

mengemukakan pertanyaan yang bukan-bukan

sehingga menimbulkan banyak masalah dan

akhirnya menyulitkan keadaan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.