Sabtu, 17 Disember 2011

Jangan Salah Asuhan




Jangan Salah Asuhan




Hadith :




Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya:



“Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:



“Dari pada dosa-dosa yang berat;


seseorang memaki ibu bapanya.”


Bertanya orang yang hadir kepada beliau;


Ya Rasulullah s.a.w.,


adakah orang yang memaki ibu bapanya?


Jawab beliau:

Ya, dia memaki-maki bapa orang lain,

orang itu memaki bapanya pula,

dan dia memaki ibu orang lain,

orang itu memaki ibunya pula.”





(Muslim)












Huraian





Elemen akhlak dan pekerti mulia

tetap diberi perhatian dalam Islam.

Keluhuran peribadi seperti bersopan-santun,

berbudi bahasa dan suka membantu perlu dipraktikkan sentiasa.






Dalam hal ini sememangnya keluarga memainkan peranan

yang besar dalam mendidik, membimbing dan mencorakkan

keperibadian seseorang individu semenjak dilahirkan.

Ia mampu mempengaruhi persekitaran dan mewujudkan suasana

aman tanpa sebarang pergaduhan.





Hadis di atas mempamerkan betapa

dari aspek budi bahasa mencerminkan budi pekerti seseorang.

Mencaci maki, menyumpah seranah dan yang seumpama

dengannya tidak membawa kebaikan kepada sesiapapun

malah ia memalukan sesiapa yang menuturkan, begitu juga

ia akan memalukan ibu bapa yang berkenaan.







Justeru dalam membentuk masyarakat yang baik

dan beradab semuanya bermula daripada didikan akhlak

yang betul. Salah asuhan menjadikan masyarakat

kacau bilau dan di antara satu sama lain

tidak terjalin persefahaman dan kasih sayang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.