Anas bin Malik rodhiyallohu anhu berkata :
“ Tatkala kami sedang duduk-duduk bersama
Rasulullah saw,
tiba-tiba beliau berkata :
" Sebentar lagi akan muncul
seorang lelaki penduduk syurga.”
Tidak lama kemudian muncullah
seorang lelaki Anshor.
Janggutnya terlihat basah oleh air wudhu.
Tangan kirinya menjinjing sandal.
Esok harinya
Rasulullah saw
mengucapkan kalimat yang sama,
sampai pada hari ketiga.
Oleh kerana ingin tahu ,
akhirnya Abdullah bin Amr
mengekori lelaki Anshor tersebut.
Dia bermalam di rumah lelaki Anshor
selama tiga hari tiga malam.
Dia ingin mengetahui amalan apa
yang dikerjakannya sehingga
Rasulullah saw
memberinya jaminan surga.
Setelah tiga hari, Abdullah bin Amr
tidak mendapati amalan istimewa
yang dikerjakan lelaki Anshor tersebut.
Oleh kerana heran bercampur
perasaan ingin tahu yang mendalam ,
Abdullah bin Amr memberanikan diri
bertanya pada lelaki Anshor tersebut :
" Aku sudah memperhatikan amalanmu,
aku ingin menirunya, akan tetapi
bagiku tidak ada yang istimewa darimu,
sebenarnya apa yang membuat
Rasulullah saw
menjamin engkau masuk syurga?”
Lelaki Anshor itu menjawab :
“Aku orang biasa seperti yang engkau lihat,
hanya saja aku tidak pernah punya
rasa dengki kepada seorang pun
atas kebaikan yang Allah
berikan padanya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.