Ahad, 20 November 2011

Sebab-sebab Hasad





SEBAB-SEBAB HASAD



Imam al-Mawardi rohimahulloh berkata :

“ Sebab pendorong hasad ada tiga perkara :

Pertama :

Kebenciannya terhadap orang yang dia dengki.

Dia merasa sakit hati dengan

keutamaan yang diperoleh orang lain,

dari sinilah hasadnya timbul.

Kedua :

Orang yang ia dengki mempunyai keutamaan

dan kelebihan yang tidak boleh ditandingi

oleh pelaku hasad tersebut.

Dia benci apabila saingannya maju, dan berhasil.

Jenis hasad ini adalah hasad yang pertengahan.

Ini disebabkan ia tidak hasad pada orang

yang selevel atau yang lebih rendah darinya,

dia hanya hasad pada orang yang lebih tinggi

dan berhasil darinya.

Ketiga :

Orang yang hasad bakhil terhadap nikmat yang ia peroleh.

Padahal nikmat itu bukan usahanya.

Maka apabila dia melihat orang lain

mendapat nikmat Allah, dia akan benci,

iri dan dengki dari hal tersebut.

Secara tidak sedar ia telah menentang ketentuan Allah.

Ini adalah jenis hasad yang paling jelek.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.