Ahad, 6 November 2011

Fadhilat Dan Hikmah Korban


Pengorbanan itu adalah



pengorbanan yang paling tinggi


dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.


Fadhilat Dan Hikmah Korban


Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda




yang maksudnya:






” Aku diperintahkan




dengan menyembelih korban itu




dan ia adalah sunat ke atas kamu”






Riwayat at- Tirmidzi






Huraian



i) Qurban atau Udhiah bermaksud
menyembelih haiwan yang tertentu
jenisnya daripada ternakan
yang dikategorikan
sebagai al-an'am iaitu unta,
lembu (termasuk kerbau),
biri-biri dan kambing pada Hari Nahar
atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah)
dan pada hari-hari Tasyrik
(11,12 dan 13 Zulhijjah)
kerana bertaqarrub
(mendekatkan diri)
kepada Allah.




ii) Antara hikmah korban adalah:



a) Memperingati peristiwa ketaatan
Nabi Ibrahim a.s yang sanggup
menyahut perintah Allah Ta'ala
untuk mengorbankan anaknya
Nabi Ismail a.s.



b) Melahirkan tanda bersyukur
kepada Allah terhadap
nikmat-nikmatnya yang
melimpah-ruah.



c) Menanamkan perasaan kasih-sayang
antara si kaya dengan si miskin.



iii) Fadhilat yang diperolehi
daripada ibadah korban
amat besar.


Antaranya ialah:



a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w:


Maksudnya:


"Korban itu bagi tuannya
dengan setiap bulunya
adalah kebajikan".
(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)




b) Sebagai penebus dosa-
Sabda Rasulullah s.a.w
kepada Sayyidatina Fatimah:


Maksudnya:



"Hai Fatimah,
berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia,
sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu
pengampunan bagimu atas dosa-dosamu
yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)




c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah-


Sabda Rasulullah s.a.w:



Maksudnya:


"Wahai manusia,
sembelihlah korban dengan mengharapkan
pahala daripada Allah dengan darahnya,
bahawa sesungguhnya darah korban itu
jika ia tumpah ke bumi maka
ia akan mengambil tempat yang mulia
di sisi Allah Azza Wajalla."





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.