Rabu, 7 September 2011

Cahaya Di Wajah Nabi SAW


Cahaya Di Wajah Nabi SAW





Telah diriwayatkan dari Siti Aishah rha.
bahwa ia telah berkata :






“Ketika aku sedang menjahit baju
pada waktu sahur (sebelum subuh)
maka jatuhlah jarum dari tanganku,
kebetulan lampu pun padam,
lalu masuklah Rasulullah SAW.
Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu
kerana cahaya wajahnya.
Lalu aku berkata:


“Ya Rasulullah , alangkah bercahayanya wajahmu!


Seterusnya aku bertanya:


“Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”


Jawab Rasulullah SAW:


“Orang yang bakhil.”


Aku bertanya lagi:


“Siapakah orang yang bakhil itu?”


Jawab baginda :


“Orang yang ketika disebut namaku di depannya,
dia tidak mengucap selawat ke atasku.”











Berkata Al-Barra’ ra. bahwa Nabi SAW. bersabda:






“Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan)
dari langit sehingga orang yang berdoa itu
mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.