Ahad, 28 Ogos 2011

Zakat Fitrah:This is a reminder.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEig2SXSAn_u1tBLs48_C-7FLSqEmLJBfaDuDwgw4oqUScoVlMkYNYfRb4Skd8Hs9fMtaTprTd_V5rCLnU6Cl9lJ58FPv8mT_2lj4dThcrDlVx97Si9dQETuLTLCErwJ_4iZ8D6Yct0JVNk/s1600/kartu-lebaran-bergerak.gif

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGQDrHyDQSehisLQRxQbnpJ41yhutAHu8c3MWv6tPgAJY1kvrUR0quwKhkgdkOM8Qk4J0Tvab5csMHZYYuTcnbnF3A3JhQuRQOlHKQST9FUfxzH4t_b5zd891xfnjJsxb-IriLROsnBXfO/s1600/Salam.gif

[zakatfitrah.jpg]





PENGERTIAN ZAKAT FITRAH



Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.



SYARAT WAJIB ZAKAT



Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:



i) Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.



ii) Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.



iii) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.



iv) Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.




KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH



Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:





“Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah S.A.W sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”


– Hadith Riwayat Muslim




KADAR FITRAH



Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.



WAKTU MENGELUARKAN FITRAH



Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:




i) WAKTU WAJIB



Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan
sehingga terbit matahari esoknya.




ii) WAKTU YANG PALING AFDHAL




Sebelum sembahyang Hari Raya




iii) WAKTU SUNAT



Sepanjang bulan Ramadhan




iv) WAKTU MAKRUH



Selepas sembahyang Hari Raya sehingga
terbenam matahari pada satu Syawal




v) WAKTU HARAM



Selepas terbenam matahari satu Syawal










UMAT Islam mengerjakan solat di malam terakhir Ramadan di Masjidilharam, Mekah, Isnin lalu, sehari sebelum sambutan Aidilfitri. Bilangan umat Islam yang ramai di Tanah Suci sekarang menyebabkan jemaah melimpah ke luar masjid. - REUTERS


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum CIKGU ROHA
    Berbahagianya hati para pembayar zakat fitrah, mengetahui wangn mereka tersalur ke tangan orang-orang yang memerlukannya.

    Selamat menyambut hari raya. Semoga semua amalan diterima Allah dan kita mendapat pengampunan-Nya. Maaf zahir batin.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.