Thabit Banani adalah seorang Hafiz Hadits.
Beliau selalu menangis semasa berdoa ke hadirat Allah swt.
Ada seorang memberi nasihat kepada beliau bahawa beliau akan buta
kalau tidak hentikan tangisannya itu.
Jawabnya :
" Apakah gunanya mata ini kalau ia tidak
mencucuri air mata di hadapan Allah."
Dalam solatnya beliau sentiasa berdoa :
" Ya Allah!
Izinkanlah hamba solat dalam kubur hamba ; kalau Kau izinkan keistimewaan ini kepada
mana-mana seorang hambamu! "
Abu Sanan menceritakan ,
" Demi Allah!
Daku adalah diantara hadirin yang hadir
pada hari kebumian Thabit Banani. Sesudah saja beliau dikebumikan,
seketul bata dari tepi kuburnya jatuh.
Daku mengintai ke dalam lubang itu
dengan terperanjatnya aku dapati
bahawa Thabit Banani sedang bersolat.
Daku berkata kepada orang yang berdiri disisiku,
" Lihatlah! Apakah itu?"
Dia menasihatkanku agar diam-diam."
Setelah selesai upacara pemgkebumian itu,
kami pun pergilah menemui anak gadisnya seraya bertanya:
" Apakah fadilat istimewa dari ayahmu?"
Anak gadis itu ingin tahu
apakah yang menyebabkan
kami bertanya demikian.
Kami pun ceritalah padanya peristiwa
yang berlaku di kubur itu.
Katanya :
" Ayahku tidak pernah tinggal solat Tahajjud
selama lima puluh tahun
dan dia berdoa setiap pagi
ke hadhirat Allah swt
agar diizinkan dia bersolat dalam kuburnya
kalau keistimewaan itu
dapat diizinkan kepada sesiapapun ."
Sumber : KITAB FAZAILE - AMAL
HIMPUNAN KITAB-KITAB FADHAIL
OLEH
RAISUL MUHADDIITSIN ALLAMA
MOHAMMAD ZAKARIYYA D.B
SYEIKHUL HADITS
MAZAHIR ULUM
SAHARAN PUR (U.P)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.