Isra' Mikraj
Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud :
"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Isra' membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh nabi s.a.w bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam.
Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi " asra bi ruhi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan roh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaan tubuh dan ruhnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w.
Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Demikianlah peristiwa isra' dan mikraj ini merupakan satu ujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benar beriman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadap Allah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum ini menyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengar penjelasan Rasulullah s.a.w tentang peristiwa isra' dan mikraj, mereka menjadi murtad.Walau pun ramai yang telah murtad namun Rasulullah s.a.w tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka kerana baginda s.a.w tidak mempunyai kuasa pada masa itu.
Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlaku selepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah di mana selepas Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa baginda telah di isra' kan oleh Allah maka ada seorang yang meminta supaya nabi s.a.w mengangkatkan kaki kanannya lalu baginda s.a.w terus melakukanya. Orang itu menyuruh lagi agar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi s.a.w menyatakan bahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinya secara serentak.
Setelah mendengar kata-kata nabi s.a.w itu maka orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa nabi s.a.w telah di isra' kan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidak mampu.Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu baginda s.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab. Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu. Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Sayyidina Umar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orang itu.
Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah s.a.w dalam masalah Isra' mikraj tetapi baginda s.a.w menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannya untuk menerangkan masalah isra' dan mikraj. Kita dapat lihat bagaimana apabila adanya kuasa maka Rasulullah s.a.w dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapan Allah.
Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahami bahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilah bertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf dan nahi munkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hari ini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuat kebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa sedangkan nahi munkar dengan menutup pusat hiburan, membasmi placuran, menghadkan penjualan arak dan sebagainya tidak dilaksanakan.
Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan kelaurga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu.
Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya. Ingatlah bahawa jika kita benar-benar sayangkan Islam dan mahu ia diletakkan disinggahsananya yang sebenar maka sebarang ugutan, tindakan dan sebagainya ke atas kita mestilah diharungi dengan penuh kesabaran bersungguh-sungguh, yakin, sabar dan ikhlas kepada Allah.
Dalam peristiwa ini Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.