Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim |
Hadith : |
Dari Abdullah, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: ” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: ” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: ” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Muslim) |
Huraian
Umat Islam seharusnya bersyukur
kerana dikurniakan hidayah dalam
memeluk agama yang benar dan diredhai Allah SWT.
Namun fenomena hari ini
memperlihatkan kepada kita bahawa
tidak semua yang menganut Islam itu
benar-benar menghayati ajaran agamanya
bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad).
kerana dikurniakan hidayah dalam
memeluk agama yang benar dan diredhai Allah SWT.
Namun fenomena hari ini
memperlihatkan kepada kita bahawa
tidak semua yang menganut Islam itu
benar-benar menghayati ajaran agamanya
bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad).
Betapa mudahnya iman mereka tergoyah
dek kerana godaan dan hasutan duniawi.
Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW
bahawa umat Islam itu ramai
namun nilaian mereka hanyalah
seperti buih-buih di lautan
yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.
Mereka mudah dipermain-mainkan
oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri
bertelagah di antara satu sama lain.
dek kerana godaan dan hasutan duniawi.
Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW
bahawa umat Islam itu ramai
namun nilaian mereka hanyalah
seperti buih-buih di lautan
yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.
Mereka mudah dipermain-mainkan
oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri
bertelagah di antara satu sama lain.
Justeru meskipun peluang untuk kita
menghuni syurga Allah amat besar
namun peluang tersebut tidak direbut
oleh semua orang.
Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia
yang sedikit ini berbanding dengan
nikmat akhirat yang jauh lebih besar.
Kesesatan manusia hari ini
tidak mustahil membuatkan iman mereka
semakin kurang yang akhirnya
cara hidup mereka seolah-olah
tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.
menghuni syurga Allah amat besar
namun peluang tersebut tidak direbut
oleh semua orang.
Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia
yang sedikit ini berbanding dengan
nikmat akhirat yang jauh lebih besar.
Kesesatan manusia hari ini
tidak mustahil membuatkan iman mereka
semakin kurang yang akhirnya
cara hidup mereka seolah-olah
tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.